Get $25 free
loading...

2 Terbunuh Dalam Insiden Pengeboman Bersiri di Jakarta

JAKARTA: Sekurang-kurangnya dua individu dilaporkan terbunuh dalam insiden letupan di luar pusat membeli-belah Sarinah di Jakarta, sebentar tadi.

Polis Indonesia mengesahkan, letupan tersebut dipercayai serangan bom dan adegan tembak-menembak turut berlaku sejurus selepas letupan.

Sehingga kini, tiadapihak mengaku bertanggungjawab menjadi dalang insiden berikut.

Sementara itu, Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) yang berada 150 meter dari tempat kejadian berkata, letupan berlaku beberapa kali dan pihak polis kini sudah menutup kawasan berkenaan dari dimasuki orang awam.

"Kemudian kami berlari ke dalam bangunan tersebut. Kami dengar letupan ketiga. Kami kemudian naik ke pejabat di tingkat sepuluh dan dengar letupan keempat, kelima dan keenam.

"Ada kejadian tembak-menembak berlaku di jalanan sekarang," katanya lapor BBC.

-mD

Previous
Next Post »
loading...