loading...

‘Kita mesti tuai padi yang kita tanam’, kata Zahid pada BN Selangor

‘Kita mesti tuai padi yang kita tanam’, kata Zahid pada BN Selangor

PETALING JAYA: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Selangor wajib menawan negeri itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Ini kerana hasil segala susah payah wakil rakyat BN berkhidmat tanpa musim sedang dinikmati oleh kerajaan gabungan PKR, DAP, Amanah dan PAS sekarang ini, kata timbalan perdana menteri di satu program santai petang bersama penduduk Sabah Bernam hari ini.

“Kita menaman, meracun dan membaja kita harus kutip padi yang kita tanam. (Bekas menteri besar Selangor) Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang membaja dan yang menuainya orang lain sampai air bendang kering, sawah kering.

“Cukuplah jangan tipu permainkan rakyat. BN wajib ambil alih Selangor. Kita mesti tuai padi kita tanam, mesti jual. Jangan tanam orang lain jual, tabik dada kata ini hasil mereka lakukan,” katanya.

Timbalan perdana menteri itu juga berkata BN Selangor bawah pimpinan Tan Sri Noh Omar menunjukkan prestasi yang baik untuk menawan semula negeri maju itu.

“Negeri ini banyak hujan dan jika tidak ada air ini bermakna ia tidak diuruskan dengan baik. Kita kufur nikmat. Sesuatu yang datang mesti ada sebab,” katanya.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...