Get $25 free
loading...

Kayveas: Tak berperlembagaan pecat saya

Kayveas berkata, setiausaha agung myPPP cuba adakan mesyuarat rahsia tanpa pengetahuan presiden, tanpa pengetahuan majoriti ahli Majlis Tertinggi dan di luar premis ibu pejabat parti.

M Kayveas berkata, Majlis Tertinggi myPPP tidak boleh menggantikan presiden, melainkan menerusi perhimpunan agung atau EGM.

PETALING JAYA: Tan Sri M Kayveas mendakwa Setiausaha Agung Parti Progresif Rakyat (myPPP), Datuk Mohan Kandasamy melanggar perlembagaan parti dengan mengumumkan pemecatannya dan wujud konspirasi dalam “tindakan menyalahi undang-undang” itu.

Dalam surat kepada Mohan hari ini, beliau berkata, perkara 9.13 perlembagaan myPPP menyatakan Majlis Tertinggi tidak boleh menggantikan presiden, kecuali menerusi perhimpunan agung atau mesyuarat agung luar biasa (EGM).

Katanya, perkara 6.9 menggariskan Majlis Tertinggi myPPP perlu merujuk perkara itu kepada jawatankuasa disiplin apabila menerima aduan bertulis daripada mana-mana ahli.

Katanya, tiada lembaga atau jawatankuasa disiplin dalam myPPP dan beliau hanya melantik pengerusi lembaga disiplin pada 30 November 2014.

“Maka, mesyuarat Majlis Tertinggi wajib diadakan oleh presiden dan sebuah jawatankuasa perlu dilantik bagi membantu pengerusi jawatankuasa disiplin,” katanya dalam surat itu.

Terdahulu, Kayveas berkata, beliau menarik semula surat peletakan jawatannya sebagai presiden.

Ini walaupun Mohan pada 25 April lalu mengumumkan Kayveas sebenarnya dipecat myPPP.

Beliau berkata, parti itu tidak menerima sebarang surat peletakan jawatan Kayveas semasa membuat keputusan memecatnya.

Mohan juga mengumumkan Naib Presiden myPPP, Datuk Maglin D’Cruz memangku jawatan presiden, berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan itu susulan surat daripada Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sehari sebelumnya yang menyatakan beberapa tindakan dan kenyataan Kayveas berpotensi menjejaskan hubungan myPPP dan parti komponen BN lain.

Kayveas mendakwa pejabatnya, pejabat myPPP dan beliau sendiri cuba menghubungi Mohan dan Maglin,s elepas menerima surat Tengku Adnan pada 24 April lalu, tetapi kedua-duanya “enggan menjawab semua panggilan”.

“Sebab saya menghubungi anda sebagai setiausaha agung ialah mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi dan mengemukakan surat itu kepada semua ahli Majlis Tertinggi untuk membincangkan isi kandungannya.

“Bagaimanapun, dengan melanggar semua peruntukan dalam perlembagaan, anda mencuba mengadakan mesyuarat rahsia tanpa pengetahuan presiden, majoriti ahli Majlis Tertinggi dan di luar premis ibu pejabat myPPP.”

Beliau berkata, tiada notis daripada jawatankuasa disiplin diberikan kepadanya dan dakwaan juga tidak diberitahu kepadanya.

Beliau juga mendakwa Mohan tidak memberinya sebarang notis, surat atau keputusan brehubung perkara itu, seperti diumumkan.

Klik sini untuk perkembangan sepanjang musim PRU14


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...