Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah mengemaskini jadual gaji penjawat awat atau kakitangan kerajaan untuk tahun seterusnya pada bulan Disember.
Untuk tarikh gaji kakitangan kerajaan bagi tahun 2019 ini sangat berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini yang dipegang oleh kerajaan di bawah pentabiran Barisan Nasional.
Kerajaan baharu yang ditadbir oleh Pakatan Harapan memberi perbezaan ketara pada tarikh gaji penjawat awam yang kebiasaan akan menerima gaji awal dari tarikh biasa pada setiap perayaan.
Setiap bulan pada tahun 2019, jadual pembayaran gaji majoriti akan dibayar pada tarikh yang telah ditetapkan iaitu Khamis terakhir setiap bulan atau genap 25 haribulan setiap bulan kecuali bulan Oktober dan Disember diawalkan bayaran gaji.
Bulan Oktober akan dibayar pada 17 Oktober 2019 memandangkan Hari Deepavali disambut pada 27 Oktober 2019 dan bulan Disember akan dibayar pada 18 Disember 2019 memandangkan Hari Krismas yang bakal disambut 25 Disember setiap tahun.
Bertabahlah wahai penjawat awam kerana tidak dapat menerima gaji awal seperti tahun-tahun sebelum ini.
Carian Anda :