Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pelaksanaan program Food Bank bertepatan dengan fokus kerajaan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat, khususnya golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40).
Perdana Menteri berkata, program kendalian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) itu mampu menjimatkan perbelanjaan golongan B40, khususnya kos pembelian makanan, sekali gus meningkatkan pendapatan boleh guna.
“Rakyat Malaysia direkodkan menghasilkan sebanyak 15,000 tan lebihan makanan setiap hari dengan 3,000 tan daripadanya masih elok dan selamat untuk dimakan.
Dr Mahathir berkata, program itu akan menyasarkan seramai 186,354 ketua isi rumah di bawah paras garis kemiskinan di seluruh negara.
Tun Mahathir kata BR1M Rasuah
"Sungguh mengecewakan apabila pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad terus berkeras menyatakan bahawa BR1M adalah rasuah. Dr Mahathir juga mendakwa BR1M menyalahi undang-undang," kata Rahman Dahlan ketika menjadi Menteri kerajaan BN.

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukanlah sesuatu yang haram atau rasuah atau menyalahi undang-undang, katanya.
Menurutnya BR1M adalah langkah, yang antara lain, bertujuan untuk membantu mengagihkan semula cukai yang diterima daripada kumpulan berpendapatan lebih tinggi kepada isi rumah yang berpendapatan bawah 40 peratus.
Beliau berkata ia adalah suatu dasar yang digubal untuk memindahkan kekayaan negara kepada kumpulan B40 (isi rumah berpendapatan rendah).

Sisa Makanan vs BR1M
Kaedah Food Bank Sisa Makanan mungkin mempunyai objektif yang hampir sama dengan Program BR1M.
Program Food Bank pasti juga ada kebaikannya, rakyat dapat manfaat, kerajaan tidak perlu keluar duit dan syarikat swasta boleh menyumbang.
Namun, berdasarkan kenyataan Perdana Menteri Tun Mahathir yang sebelum ini mahu menghapuskan BR1M, food bank yang meletakkan tugas kerajaan kepada syarikat swasta seolah-olah Kerajaan cuba melepaskan diri dari tanggungjawab.
Tambahan pula Bajet 2019 yang memotong peruntukan kepada golongan pekebun dan nelayan yang menyebabkan rakyat di Kampung merana telah mengesahkan lagi hala tuju kerajaan terhadap golongan miskin.
Dari segi psikologi, memberi sisa makanan kepada golongan miskin berbanding pemberian BR1M dilihat lebih mengharukan mereka.
Terasa hina nya rakyat di bawah pemerintahan Pakatan Harapan.
Bersabar lah rakyat melayan kerenah kerajaan yang tidak berpengalaman ini.