Get $25 free
loading...

GILA INDIA NI:Naib canselor universiti di India gesa pelajar ‘bunuh’ pembuli

NEW DELHI: Seorang pegawai tertinggi di sebuah universiti dikendalikan kerajaan India menggesa pelajarnya tidak mengadu kepadanya, tetapi “membunuh” rakan yang membuli mereka, susulan satu siri keganasan dilaporkan di negeri terletaknya institusi pengajian tinggi itu.
“Jika anda seorang pelajar di universiti ini, jangan datang menangis kepada saya.
“Jika anda terbabit dalam pergaduhan, pukul mereka, jika boleh bunuh mereka, kami akan uruskannya kemudian,” kata Raja Ram Yadav, naib canselor Universiti Purvanchal dalam ucapan yang dirakam dan ditunjukkan Asian News International (ANI), rakan kongsi Reuters.
Yadav berucap dalam satu program kolej di Ghazipur, Uttar Pradesh, negeri paling banyak penduduk di India, Jumaat lalu.
Di bandar sama, seorang pegawai polis direjam dengan batu sehingga mati dalam satu protes ganas Sabtu lalu, walaupun tiada tanda kaitan dengan kenyataan Yadav.
Uttar Pradesh terkenal dengan jenayah dan ketegangan kaum, serta berdepan insiden keganasan beberapa minggu kebelakangan ini.
Seorang pegawai polis kanan dan seorang lelaki maut dalam satu lagi insiden keganasan awal bulan ini, selepas penduduk mengadakan bantahan atas dakwaan ada orang dilihat menyembelih seekor lembu, haiwan yang dianggap suci oleh penganut Hindu.
Kejadian itu berlaku di daerah Bulandshahr, Uttar Pradesh. - FMT 
Previous
Next Post »
loading...