Get $25 free
loading...

Akhirnya Nurul Izzah balas Warkah Kekanda, TAPI.. buat Mujahid lagi tak tidur malam



"Surat terbuka Dr Mujahid tidak wajar dan pandang rendah. Lebih baik fokus kepada isu sebenar" - Nurul Izzah
Selepas empat hari, bekas Naib Presiden PKR, Nurul Izzah akhirnya memberi reaksi kepada surat terbuka Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Malangnya, ia bukanlah maklum balas positif kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.


Saya juga telah memaklumkan kepada beliau bahawa surat terbuka adalah tidak wajar dan pandang rendah. Lebih baik fokus kepada isu sebenar," kata Nurul Izzah di Twitter pada hari Sabtu.

Beliau bertindak balas terhadap laporan mendakwa Dr Mujahid memberitahu ia adalah rahsia sama ada Nurul Izzah menjawab atau tidak surat terbukanya


Dr Mujahid berkata menulis surat terbuka adalah satu perkara biasa di kalangan ahli politik dan ianya menunjukkan bahawa mereka yang tersalah tafsir dan menghinakannya, tidak menghargai kesusasteraan.

Dr Mujahid menyiarkan surat terbuka di media sosial pada Selasa (25 Disember).
Surat bertajuk 'Warkah Dari Cordova' dimuatnaik selepas pengumuman Nurul Izzah minggu lalu untuk melepaskan jawatan naib presiden PKR.

Dalam surat itu, beliau memberitahu tidak dapat tidur beberapa malam kerana bimbang tentang keadaan Nurul Izzah.

Nurul Izzah juga turut melepaskan jawatannya sebagai ketua PKR Pulau Pinang dan semua jawatan kerajaan persekutuan.

Bapanya, presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerima keputusannya untuk meletak jawatan. - mStar   #CelahGelegar 

Previous
Next Post »
loading...