Nampaknya selain Datuk Seri Azmin Ali yang dilihat tidak berpuas hati dengan elantikan Rafizi Ramli sebagai Naib Presiden PKR, anaknya juga senada dengannya.
Menerusi Twitter Ameer Azmin anak lelaki Timbalan Presiden parti itu menyifatkan lantikan itu sebagai sebuah jenaka.
“Kelakarnya, (what a joke),” katanya.
Begitu juga lagi seorang anak Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu yang bernama Basheer.
Basheer menggunakan Twitter berkata tidak sepatutnya Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik individu yang berhadapan dengan kekalahan semasa pemilihan parti baru-baru ini.
“Apa makna pemilihan parti? Ini semua bercanggah dengan prinsip ketelusan parti yang sepatutnya diberikan kepada semua ahli.
“Anda tidak sepatutnya melantik calon yang baharu sahaja kalah dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden,” sambil mensyen nama Rafizi dengan menyifatkannya sebagai seorang yang telah kalah.
Baru-baru ini, Anwar mengumumkan pelantikan Rafizi sebagai Naib Presiden PKR walaupun bekas Ahli Parlimen Pandan itu kalah dalam pertarungan pemilihan parti merebut jawatan nombor dua dalam parti.
Kemudian Azmin meminta Anwar mengkaji semula pelantikan kepimpinan jawatankuasa pusat yang baharu, seperti yang diumumkan semalam.
Menurut Timbalan Presiden PKR itu pelantikan Rafizi tidak mencerminkan prinsip adil dan perlambangan terhadap aspirasi anggota parti.
Walaubagaimanapun Anwar menasihati Azmin agar menggunakan saluran yang betul ketika membangkitkan isu yang berkaitan dengan perkara dalaman parti.-SuaraTv #CelahGelegar