Get $25 free
loading...

#Lencun50 : lencun oh lencun - Najib

Kita pinjam mesin masa mereka sekejap untuk balik ke tahun 2014 untuk dengar hujah sambil tersenyum dari Tony Pua.

“Atau, apakah langkah kerajaan melaksana kaedah apungan terkawal bagi penetapan harga petrol RON95 dan diesel bertujuan memungut cukai secara tersembunyi dari rakyat untuk menampung defisit bajet kerajaan? soal Pua.

Justeru itu kata Pua, sekiranya cukai tersembunyi ketas minyak dilakukan kerajaan, ia adalah tindakan paling tidak beretika.

“Rakyat tidak tahu berapa banyak mereka dikenakan cukai, dan kadar cukai boleh berubah-ubah dari hari ke hari, minggu ke minggu." tambah Tony.

“Tiada siapa boleh memastikan sama ada mereka dikenakan cukai pada kadar dua, enam atau sepuluh peratus. Mungkin lebih tinggi. Cukai bahan api tersembunyi adalah sistem cukai yang tidak beretikaa, lebih tak masuk akal berbanding GST." kata Tony.

Baca. Jangan tak baca.

Satu lagi saya nak pesan kepada Menteri Kewangan hari ini:

Jangan umum harga petrol mingguan pada hari Rabu.

Nanti ada orang kata copy-paste BN.

Umum pada hari Selasa atau Khamis.

Lencun. Oh, lencun.

Oleh :Najib Razak #CelahGelegar 
Previous
Next Post »
loading...