Get $25 free
loading...

Jika kos KFC naik selepas SST ganti GST, ia satu PENGHINAAN kepada Guan Eng, Tony Pua

Sejak Januari 2013, KFC di Malaysia dimiliki Perbadanan Johor (Johor Corp) iaitu syarikat kerajaan negeri Johor yang kini telah diambil alih oleh PH.

Tidak ada alasan bagi kerajaan Johor PH untuk tidak mengarahkan KFC supaya menurunkan semula harga mereka yang telah naik dengan tinggi baru-baru ini.

Melainkan kos untuk KFC benar-benar sudah naik dengan tinggi selepas SST ganti GST.

Tetapi jika mereka mengaku kos memang sudah meningkat dengan banyak, maka ini satu penghinaan kepada Guan Eng dan Tony Pua.

Mereka berdua ini telah berulangkali memberi jaminan bahawa SST akan meringankan beban rakyat dan harga barang akan turun dengan SST.

Apakah langkah yang kerajaan Johor PH akan ambil sekarang?

Adakah Harga KFC akan dikurangkan dengan menelan kos yang sudah naik? 

Ataupun PH akan meminta maaf kepada rakyat kerana telah menipu dan mengaku bahawa kos sara hidup sudah naik dengan tinggi selepas PRU14 dan GST bukan sebab utama harga barang naik?


Oleh :Najib Razak      #CelahGelegar 
Previous
Next Post »
loading...