KALAU BETUL YB NAK CERITA PASAL SKANDAL...
SAYA tak tahu sama ada Menteri kita ni makin terbabas dari landasan atau pun ada mana-mana pihak yang cuba mensabotaj dirinya dengan memasukkan air ketum dalam minuman hariannya.
OKlah di satu sudut saya cuba nak mempositifkan diri. Agak-agak dengan segala kompleksiti, perbicaraan yang belum pun bermula, kertas pertuduhan yang separuh masak, perbicaraan yang pasti melibatkan ribuan helai kertas bukti dan siasatan, suspek utama yang ntah kat mana pun tak tahu lokasinya, tempoh perbicaraan yang pasti bertahun-tahun ambil masa...kat celah bedah manalah benda alah IMDB nak dimasukkan dalam sukatan pelajaran Sejarah?
Cukupkah sekadar dalam exam nanti soalannya: Sila namakan siapakah Perdana Menteri Malaysia yang terlibat dalam isu 1MDB?
Baik. Kalau nak kata skandal ni, maaf cakap...sejak kita Merdeka, Malaysia tak pernah sunyi dari skandal.
Tak payah pergi jauh. Skandal Bumputra Malaysia Finance (BMF) yang telah mengeluarkan dana BERBILION RINGGIT kepada spekulator hartanah Hong Kong, Carrian Investment Limited (Carrian Group) pada awal tahun 80an tu tak nak masuk sukatan sejarah ke? Sampai anak Melayu yang juga juruaudit yang dihantar untuk menyiasat kes itu di Hong Kong, Abd Jalil Ibrahim dibunuh kejam kat sana, tak kan tu kita nak buat-buat lupa?
Skandal Perwaja Steel di Terengganu pada tahun 1992 disebabkan terlalu banyak berlaku kesilapan pengurusan dan masalah salah guna dana hingga kerajaan terpaksa menanggung hutang sebanyak RM10 billion tu Dr. Maszlee taknak masukkan sekali? Boleh jugak kalau nak masukkan dalam soalan PT3 rasanya.
Eh kejap. Skandal perdagangan matawang Bank Negara Malaysia (BNM) di mana hasil 'perjudian' matawang oleh BNM menyebabkan negara mengalami kerugian yang dianggarkan bernilai RM25-RM35 billion sampai BNM hampir muflis tu apa citer. Ke kita nak anggap kerugian tu 'alah bisa tegal biasa' dan tak perlu sangat nak dikenangkan atau dimasukkan dalam sukatan subjek sejarah?
Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang atau lebih dikenali dengan nama Port Klang Free Zone Scandal atau PKFZ, pulak bagaimana Dr. Maszlee? Mula-mula nak buat PKFZ kosnya kononnya RM1.1 bilion, lepas dah siap katanya kos sampai cecah RM12.5 billion! Hah, apalagi, masukkanlah sekali dalam subjek sejarah ko tu.
Kesemua di atas ini melibatkan duit kita dan rakyat semua sebagai pembayar cukai dan jumlahnya berkali-kali ganda lagi teruk dari 1MDB. Takkan kalau betul nak ajar anak-anak kita pasal skandal, kita amik satu kes je, apa barang YB???
Last but not least, alang-alang tu ajar sikit kat anak-anak kita pasal isu Memali. Ala masukkan je dalam sukatan sejarah, apa nak takut kalau rasa anda di pihak yang benar. Ramai manusia yang tak berdosa meninggal dunia, bak kata Tun Dr. Mahathir, MATI KATAK dalam peristiwa tu. Nak tahu juga siapa punya angkara.
Jangan salah anggap, saya bukan nak tuduh mana-mana Perdana Menteri dalam kesemua isu dan skandal di atas. Tetapi alang-alang dah nak masukkan kes skandal 1MDB dalam sukatan pelajaran sejarah - masukkanlah skandal lain juga yang jumlahnya LEBIH TERUK dari 1MDB itu sendiri.
YB Maszlee jangan risau. Bukankah sejarah ditulis oleh orang yang menang? Sekarang YB di pihak yang menang, tulis jelah semuanya dan boleh 'pusing' juga semahunya!
Jangan marah. Tanya je.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156826316928050&id=821928049