Institusi Beraja di negara ini adalah satu institusi yang amat dihormati sesuai dengan amalan sistem demokrasi negara yang bertunjangkan kepada sistem Raja BerPerlambagaan. Justeru, tidak hairanlah kedudukan Raja-Raja Melayu sentiasa dihormati sejak dahulu lagi.
Namun begitu, penghormatan tertinggi tanpa mengira samada peringkat rakyat mahupun pemimpin kini seperti tidak lagi diperdulikan oleh pihak pembangkang. Lihat sahaja beberapa rentetan perseteruan yang sengaja diwujudkan oleh pembangkang dengan pihak Istana sehingga menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan rakyat.
Salah seorang pemimpin utama Pakatan Harapan yang seolah-olah tidak menghormati institusi Beraja adalah Tun Dr Mahathir Mohamad. Manakan tidak, Mahathir langsung tidak ada rasa bersalah terhadap Paduka Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah Al Haj dan Paduka Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar berhubung isu Bugis.
Terbaru, Mahathir sekali lagi bertindak di luar batasan apabila bertindak menyaman barisan pasukan penyiasat Suruhanjaya Siasatan DiRaja yang ditubuhkan atas arahan dan persetujuan, Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda, Yang DiPertuan Agong, Sultan Muhammad V yang menyiasat berhubung isu skandal Forex yang menyaksikan negara mengalami kerugian sebanyak RM 32 bilion antara tahun 1992 hingga 1994.
Mungkin Mahathir terlupa bahawa pasukan ini dipilih sendiri oleh Yang DiPertuan Agong di mana Baginda mempunyai hak untuk mengetahui kemana tujunya wang sebanyak itu dibelanjakan. Apabila Mahathir memilih untuk menyaman pasukan RCI, Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia, ianya juga seolah-olah mempertikaikan titah arahan Baginda Tuanku terhadap orang yang paling Baginda percaya untuk menggalas tugas berkenaan.
Belum pernah dalam sejarah, pasukan RCI di saman oleh orang yang disiasat kerana pasukan ini ditubuhkan hanya untuk menyiasat bagi pihak Paduka Tuanku dan kerajaan Malaysia. Bukankah ia satu perlakuan yang janggal dan ianya sattu tindakan untuk menutup kesalahan sendiri?
Paduka Tuanku Yang DiPertuan Agong sudah tentu sedia maklum berhubung hasil siasatan berkenaan dan atas perkenan Yang DiPertuan Agong lah pasukan penyiasat RCI ini mengemukakan hasil siasatan mereka kepada umum setelah ianya dibukukan. Adakah ini yang Mahathir dakwa sebagai hak kebebasan bersuara sehingga sanggup mengheret pasukan ini ke mahkamah?
Mahathir dan semua yang terlibat telahpun diberi peluang untuk memberi keterangan dan membela diri sewaktu siasatan berkenaan dilakukan. Namun apa yang berlaku, Mahathir dan kuncu-kuncunya memberi jawapan tidak tahu, tidak ingat dan sebagainya sewaktu ditanya oleh pasukan penyiasat berkenaan. Hari ini, dia mahu menyaman pasukan yang sama atapelbagai alasan teknikal?
Sebahagian besar rakyat terutamanya kaum Melayu masih lagi menyanjung tinggi Paduka Tuanku Sultan-Sultan Melayu dan apa yang dilakukan Mahathir ini nampaknya sengaja mencari geruh antara dirinya dengan Paduka Tuanku Sultan-Sultan Melayu.
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini