Amin Nordin berkata DBKL dan polis akan mengawal Dataran Merdeka itu jika tunjuk perasaan Turun-Turun diteruskan.
PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan membenarkan Himpunan Turun-Turun diadakan di Dataran Merdeka.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata pendirian itu selaras dengan dasar sebelum ini.
“Pada dasarnya seperti sebelum ini, Dataran Merdeka tidak akan dibenarkan. DBKL dan polis akan kawal Dataran (Merdeka),” katanya kepada FMT.
Beliau berkata demikian selepas Ketua Polis Dang Wangi ACP Shaharudin Abdullah berkata polis tiada halangan untuk memudahkan Himpunan Turun-Turun yang dijadualkan pada 31 Disember ini, tetapi penganjur perlu mendapatkan permit DBKL kerana penunjuk perasaan akan menggunakan laluan awam.
Penganjur merancang untuk berkumpul di pasaraya Sogo pada jam 11.00 malam sebelum berarak ke Dataran Merdeka melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Selain Dataran Merdeka, tapak lain di bawah DBKL adalah Padang Merbok, yang terletak berhampiran Parlimen.
“Kawasan lain itu kita tengok saja,” katanya.
Pemuda Pakatan Harapan (PH) menyerahkan notis penganjuran tunjuk perasaan Himpunan Turun-Turun kepada polis pada 21 Disember lalu. Himpunan itu akan diadakan menjelang sambutan tahun baru bagi mendesak kerajaan mengembalikan subsidi bahan api dan menurunkan harga minyak.
Comments
The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.
Comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini