Get $25 free
loading...

Niat Mahu Melancong Tapi Tak Sangka Ini Yang Berlaku..

Share This:

Kisah pasangan muda dari Malaysia, Abdul Fakkar Maududi Safi, 27, dan Khadijah Salamah Ibrahim, 30, tidak menduga akan bertemu jodoh di negara empat musim itu.

Pada mulanya kedua-duanya hanya datang ke Seoul, Korea Selatan dengan satu tujuan iaitu untuk melancong sahaja dan tidak sangka akan bernikah di sana.

Menurut sumber berkata, pasangan ini tiba-tiba menjadi ‘perhatian’ apabila video pernikahan mereka yang berdurasi empat minit tular di media sosial pada bulan lalu.

Video itu tular kerana mereka bernikah hanya memakai pakaian musim sejuk dan diadakan dalam satu majlis ringkas di dalam Pusat Buku Islam di Seoul, Korea Selatan.

Uniknya, proses pernikahan di Seoul amat mudah kerana mereka hanya perlu menyediakan mas kahwin sebanyak 200,000 Won (RM756) bersama dengan cincin perkahwinan.

Khadijah Salamah atau lebih mesra disapa sebagai Kat ketika dihubungi menyifatkan kisah percintaan mereka yang membawa sehingga ke gerbang perkahwinan yang tular ibarat sebuah drama Korea.

“Saya memang suka melancong ke Korea, kalau ikutkan ini kali kelima saya datang ke sini. Tak pernah terfikir akan bernikah dekat sini kerana niat asalnya hanya mahu pergi melancong.

“Bila difikirkan jalan cerita perkenalan kami ini tak sangka macam drama Korea. Tak ada angin tak ada ribut, jalan-jalan terus jumpa jodoh… semuanya kuasa Allah,” katanya.

Kat berkata dia mengenali suaminya, Abdul Fakkar pada Ogos lalu semasa kedua-duanya tinggal di rumah tetamu yang sama ketika masing-masing melancong ke Seoul.

“Dari situ kami sering bertegur sapa memandangkan sama-sama datang dari Malaysia. Mula-mula tu hubungan kami sekadar kawan biasa.

“Selepas itu, saya balik sekejap ke Malaysia sebelum datang semula ke sini dua minggu selepas (Hari) Raya. Tiba-tiba (dia) suami mesej ajak nikah, agak terkejut jugalah.

“Tapi saya pun berdoa kepada Allah kalau dia jodoh saya, jadikanlah dia halal untuk saya. Alhamdulillah pernikahan kami dipermudahkan,” katanya.

Ditanya mengenai reaksi keluarganya, Kat berkata dia dan suaminya telah memaklumkan kepada ahli keluarga masing-masing mengenai niat mereka untuk bernikah di Seoul.

“Mak kata ok… sekurang-kurangnya ada orang jaga semasa berjauhan dengan keluarga. Jika niat kita betul dan ikhlas, Allah akan permudahkan segala urusan kita.

Justeru, benarlah kata orang jodoh itu tak ke mana, jika sudah ditakdirkan bersama pasti Allah akan menemukannnya walau di mana jua berada.

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...