Get $25 free
loading...

Walau menang besar PRU13, Wong Chen bimbang faktor ini di Kelana Jaya

Ahli politik PKR itu menang dengan majority hampir 30,000 di sini, tetapi ia bukan jaminan menang lagi pada PRU akan datang.

Wong-ChenPETALING JAYA: Wakil rakyat Kelana Jaya dari PKR, Wong Chen bimbang prestasi pilihan raya akan datang boleh menerima tempias daripada pengundi muda yang bosan dengan kemelut politik dan parti politik pada masa ini.

Ahli Parlimen itu berkata beliau bimbang bukan hanya kerana sikap sebegitu di kalangan belia, tetapi juga dengan kesannya terhadap keyakinan pengundi.

“Sikap acuh tak acuh belia adalah masalah tetapi saya lebih bimbang dengan keseluruhan asas kita yang mungkin terhakis jika penyokong tidak lagi percaya dengan harapan untuk perubahan.

“Semakin ramai orang melihat politik sebagai kotor dan penuh dengan rasuah,” katanya kepada FMT.

Ia merupakan antara cabaran besar dihadapi Wong Chen untuk mempertahankan kerusi Kelana Jaya yang dimenanginya pada pilihan raya umum (PRU) yang lalu.

PKR pertama kali merampas kerusi itu daripada memenangi kerusi Kelana Jaya itu daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 2008 apabila calonnya, Loh Gwo Burne mengalahkan calon bekas pemimpin MCA, Datuk Lee Hwa Beng dengan majoriti lebih 5,000 undi.

Dalam PRU berikutnya pada 2013, Wong Chen mengalahkan calon BN, Loh Seng Kok dan calon bebas, Toh Sin Wah dengan majoriti lebih 28,000 undi.

Walaupun menang selesa, Wong Chen masih bimbang rasa tidak kisah di kalangan pengundi akan menjejaskan sokongan kepada pembangkang.

Sekiranya mereka memilih untuk tidak keluar mengundi, tidak mustahil ia akan memberi kelebihan kepada BN, lebih-lebih lagi dengan keraguan ramai pengundi dengan PPBM dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ramai masih tidak dapat memahami atau menerima peranan Dr M dalam PH.

“Ada yang kecewa dengan dakwaan rasuah dalam pembangkang dan jika kita tidak terlibat dan meyakinkan mereka, maka mereka boleh memilih untuk tidak keluar mengundi pada PRU14,” katanya.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...