Get $25 free
loading...

Wanita bengang terima bil elektrik RM1.16 trilion

Mujur, syarikat elektrik itu mengakuinya sebagai kesilapan teknikal sekali gus mengugurkan bil terdahulu.

Mary-Horomanskifmt-ohsem-inside-article1Seorang pemilik kediaman di Pennsylvania, Amerika Syarikat, bengang selepas menerima bil elektriknya atas talian yang berjumlah AS$284 bilion (RM1.16 trilion).

Wanita itu, Mary Horomanski, 58, bukan sahaja terkejut, malah geram dengan bacaan yang menyimpang sangat jauh daripada biasa.

“Mata saya seperti hendak tercabut keluar melihat jumlah bil dikeluarkan syarikat pembekal elektrik, Penelec. Saya kira daripada puluh, ratus, ribu, ratus ribu, juta ke bilion. Saya kira semula beberapa kali.

“Kemudian saya juga terfikir kalau-kalau lampu Krismas disalah pasang sehingga bil mencapai bilion dolar, tetapi ikutkan logik, tak mungkin!”

Syarikat itu turut memberi kelonggaran sehingga setahun untuk Mary melangsaikan bayaran namun menggesanya membuat bayaran minimun, AS$28,156 (RM114,880) sebelum hujung bulan.

Berang dengan notis itu, Mary menghubungi anak lelakinya untuk mendapatkan keadilan dan penjelasan.

Mujur, syarikat elektrik itu mengakui ia kesilapan teknikal sekali gus mengugurkan bil tersebut.

Kini, wanita itu perlu membayar bil sebenar berdasarkan penggunaan iaitu AS$284.46 (RM1,160).

Jurucakap First Energy (syarikat induk Penelec), Mark Durbin, akui ia adalah pertama kali pihaknya melihat bil berbilion dolar.

Mary bagaimanapun tidak selesa dengan bil baharu yang masih lebih mahal daripada biasa, namun sekurang-kurangnya dia lega ia tidak memberinya serangan jantung.

Wanita itu merakam gambar bil dan berkongsi berita itu kepada akhbar tempatan Erie Times-News dan kemudiannya menjadi viral.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...