Sewaktu penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada Oktober tahun lalu, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Tun Dr Mahathir pada ketika itu menyuarakan keyakinan bahawa PPBM akan terus mempertahankan kaum Melayu dan Bumiputera serta kekal mendaulatkan agama Islam sebagai agama rasmi negara. Kata mereka, PPBM tiada beza dengan UMNO dalam memperjuangkan kedua-dua isu asas ini.
Setahun berlalu, hari ini, setelah PPBM menyertai Pakatan Harapan, mereka seolah-olah tidak akan berani membuat apa jua keputusan tanpa keizinan DAP selaku parti induk pakatan pembangkang berkenaan. tidak kira samada melibatkan keputusan parti mahupun kepentingan Pakatan Harapan yang dipengerusikan oleh Mahathir, kesemua perlu diperakui terlebih dahulu oleh DAP sebelum apa jua rancangan dapat digerakkan.
Malah, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli PPBM sendiri yang bertindak meninggalkan parti berkenaan, PPBM sememangnya menerima tajaan samada dari segi bantuan kemanusiaan mahupun kewangan daripada DAP. Kenyataan ini langsung tidak pernah dinafikan oleh Mahathir mahupun DAP secara terbuka.
Jika ada yang mempertikaikan kenyataan ini, mari kita soroti apa yang berlaku sewaktu Perhimpunan Solidariti Rakyat Palestin yang berlangsung Jumaat lalu. Di pihak PPBM, Mahathir dilihat hadir ke Masjid Putra untuk menunaikan Solat Jumaat disamping mendengar sendiri forum yang diadakan sebelum solat Jumaat berkenaan diadakan.
Disaat ramai yang menjangkakan Mahathir akan naik kepentas bersama-sama Datuk Seri Mohd Najib dan para menteri serta Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi, Mahathir di lihat meninggalkan Masjid Putra menerusi jalan belakang dan enggan berada di pentas yang sama walaupun himpunan berkenaan menyatakan sokongan penuh kepada rakyat Palestin dalam isu Baitulmaqdis.
Kenapa perlu Mahathir mengasingkan diri sedangkan himpunan berkenaan bukanlah satu himpunan politik. Malah, Datuk Seri Mohd Najib sendiri berkata, himpunan ini jauh mengatasi sebarang perbezaan politik dan ianya diperakui oleh Muhammad Khalil sendiri. Ianya lebih kepada penyatuan ummah dalam menghadapi cabaran yang begitu getir bagi mempertahankan kesucian Baitulmaqdis.
Andai benar Mahathir dan PPBM masih berpegang teguh kepada ikrar untuk menjaga kedaulatan dan kesucian agama Islam, sudah tentu dia tanpa ragu-ragu turut menyuarakan pandangannya berhubung isu ini. Kenapa dia perlu lari? Adakah dia tidak mahu dipandang serong oleh rakan pembangkangnya yang lain? Adakah Mahathir merasaka dirinya sudah cukup terhebat sehingga tidak layak berkongsi pentas yang sama dengan kepimpinan UMNO dan PAS?
Nampaknya, dari apa yang dilakukan Mahathir ini, sangat jelas sekali Mahathir lebih mengutamakan hubungan akrabnya dengan DAP dari memperjuangkan isu sejagat membabitkan umat Islam. Malah, lebih mendukacitakan, PAN sebagai salah sebuah parti Islam yang ada di dalam Pakatan Harapan juga berhelah untuk tidak menghadirkan diri dalam himpunan seumpama ini.
Justeru, tidak keterlaluan andai kita menyatakan bahawa DAP mengatur cara pergerakan para pemimpin di dalam Pakatan Harapan. Jika tidak dikawal DAP, sudah tentu Mahathir mahupun pemimpin PKR dan PAN hadir menyatakan kesepakatan dalam isu ini. Namun, apa yang ditujukkan pada hari berkenaan jelas sekali menampakkan, mereka lebih mengutamakan agenda peribadi dari bersama-sama memperjuangkan nasib umat Islam, samada di negara ini mahupun di seluruh dunia.
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini