Malaysia, sebuah negara yang majoritinya beragama Islam dan didiami oleh pelbagai kaum dan agama. Dahulu, sewaktu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj bersama rombongannya mahu memerdekakan negara ini, antara perkara utama yang amat dibimbangi oleh penjajah Inggeris adalah, kemungkinan besar negara ini bakal terjerumus ke kancah perang saudara atau perang antara kaum.
Namun, berkat kesabaran, keadilan dan ketengan kerajaan yang dibentuk sejak 1955 menerusi Parti Perikatan dan diteruskan kesinambungannya dengan kerajaan Barisan Nasional, apa yang dibimbangi oleh penjajah satu ketika dahulu, tidak menjadi kenyataan walaupun kita pernah hampir sahaja terjerumus ke kancah masalah kaum pada 13 Mei 1969.
Hari demi hari, tahun demi tahun berlalu, hari ini, Malaysia masih mampu kekal aman walaupun terdapat banyak usaha dari pihak yang tidak bertanggungjawab cuba menimbulkan ketegangan antara kaum. Lebih hebat lagi, sepanjang penggal ke 13 kerajaan Barisan Nasional di bentuk, pembangkang terutamanya DAP begitu hebat membuat penghinaan terhadap kaum Melayu dan agama Islam itu sendiri.
Lebih menyedihkan, sudah ada kaum Melayu itu sendiri menyokong apa sahaja yang diperkatakan oleh DAP ini hanya disebabkan kebencian mereka terhadap kerajaan yang mentadbir hari ini. Persoalannya, tidakkah kita mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku di Tunisia, Libya, Syria, Palestin dan banyak lagi negara Islam yang hari ini sudah hancur berkecai disebabkan termakan dengan dakyah jahat seumpama ini?
Mari kita mengambil contoh, tiga buah negara Islam yang cukup indah satu ketika dahulu namun hari ini sudah hancur disebabkan rakyatnya yang tidak tahu apa erti bersyukur. Mesir dikenali sebagai sebuah negara yang banyak melahirkan para ilmuwan Islam lepasan Universiti Al Azhar, sebuah universiti paling unggul dalam dunia Islam.
Negara yang begitu indah ini hancur ranap disebabkan kebangkitan mereka yang mahu menumbangkan kerajaan Hosni Mubarak yang didakwa penuh korup. Mungkin benar, kerajaan Hosni Mubarak ada mengamalkan dasar yang korup tetapi, kebangkitan rakyat ini diburukkan dengan pelbagai fitnah yang menjadi penokok tambah terhadap kehancuran Mesir.
Diburukkan dengan fitnah dan hasutan kebencian yang menyebari keadaan semasa terhadap anak muda Mesir, kerajaan Hosni Mubarak dan penggantinya, Mohamad Morsi turut di jatuhkan hanya mahu membentuk sebuah kerajaan Mesir yang baru. Hari ini, Mesir masih belum dapt bangkit dan lebih teruk lagi, Mesir sudah hilang satu-satunya kuasa untuk menjadi pengimbang kepada kejahatan Israel di Palestin.
Itu di Mesir, bagaimana pula di Libya? Pada pandangn masyarakat antarabangsa, Allahyarham Muamar Gaddafi merupana seorang presiden yang gila dan tidak berperi kemanusiaan. Namun, berapa ramai yang tahu, semasa puncak kegemilangan pemimpin dari golongan gipsi ini, beliau menyediakan perkhidmatan pendiidikan percuma seumpamanya di dunia terutamanya pada golongan yang kurang berkemampuan?
Malah, beliau adalah pemimppin dunia Islam yang memperuntukkan wang Baitulmal untuk disalurkan secara tahunan kepada golongan sasar terutamanya yang miskin. Mungkin, disebabkan terlalu lama mentadbir Libya dengan imejnya yang kerap kali menjadikan kuasa barat sebagai musuhnya, Barat telah melancarkan propaganda menghasut kebencian rakyat Libya terhadap Gaddafi.
Akhirnya, dalam satu kepungan, Gaddafi telah menemui ajalnya secara terhina dan berita kematiannya disambut penuh kegembiraan oleh rakyat Libya kecuali mereka yang terdiri dari golongan miskin. Apa yang berlaku selepas kematian Gaddafi? Sehingga hari ini, Libya terjebak dalam perang saudara dan negara berkenaan kian hancur tanpa dipedulikan lagi oleh Barat yang menjadi penghasut utama di Libya.
Di Iraq, skrip yang sama hampir berlaku. Satu ketika dahulu, sewaktu Allahyarham Saddam Hussein menjadi Presiden, Baghdad merupakan ibu kota Islam yang cantik serta mempunyai simpanan minyak yang cukup banyak. Disebabkan mahu menguasai simpanan minyak ketiga palinng banyak di dunia, Amerika telah melancarkan propaganda yang telah membawa penyerangan Iraq terhadap Kuwait.
Bermula dari detik itulah, Baghdad yang indah dan permai serta Mosul yang menjadi tulang belakang kekayaan Iraq, dihancurkan. Kemuncaknya, apabila Allahyarham Saddam Hussien di tangkap, dibicarakan tanpa keadilan dan digantung sehingga terputus kepalanya oleh penjajah Amerika dan sekutunya.
Hari ini, seluruh negara Iraq telah dijadikan pusat kepada pengganas dan ekstrimis agama. Malah, Iraq yang dahulunya cukup indah, hari ini seolah-olah neraka dunia di Timur Tengah. Lebih teruk lagi, rakyatnya yang dahulu cukup kaya dan memiliki deretan kereta Mercedes Benz, hari ini menjadi bangsat di tanah air sendiri.
Lihat ketiga-tiga rentetan peringatan yang telah ditunjukkan leh Allah terhadap kita di Malaysia. Mereka hancur satu per satu akibat hasutan dan mainan fitnah yang cukup berleluasa sehingga negara yang kita kenali sebagai cukup indah, hancur berkecai dengan rakyatnya sendiri menjadi cukup hina di tanahair sendiri.
Benar, Malaysia masih lagi mampu mengekalkan keamanan, namun sekiranya mainan fitnah yang ditebarkan oleh pembangkang serta hasutan kebencian yang cukup kerap dimainkan DAP ini tidak dikawal atau termakan dengan tipu helah mereka, tidak mustahil, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang begitu indah hari ini, bakal berkubur seperti mana berkuburnya Baghdad, Kaherah dan banyak lagi ibu kota Islam di Timur Tengah!
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini