Get $25 free
loading...

Jika Boleh, Semuanya Mereka Mahu Percuma

Share This:

Barang percuma, siapa yang mahu menolaknya. Tetapi, sekiranya sesuatu itu harus di bayar untuk mendapatkannya, adalah tidak masuk akal sekiranya barangan berkenaan juga dituntut percuma. Inilah yang masih gagal atau sengaja tidak mahu difahami oleh segelintir rakyat Malaysia yang begitu taksub mencari kesalahan kerajaan.

Bagi segelintir rakyat Malaysia yang tidak tahu akan erti bersyukur, mereka merasakan, kerajaan perlu memberikan semua perkara yang melibatkan urusan dengan kerajaan secara percuma. Malah, persekolahan anak-anak mereka juga kerajaan perlu tanggung termasuklah penyediaan pakaian seragam sekolah, buku dan alat tulis.

Alasan yang kerap mereka berikan, mereka juga adalah pembayar cukai dan seharusnya hasil cukai yang mereka bayar, di gantikan dengan pemberian semua perkara secara percuma. Bukankah ini satu tanggapan yang gila dan tidak masuk akal bagi orang yang normal dan sihat akalnya?

Sehabis boleh, mereka mahu menutut semua perkara diberikan secara percuma. Walhal, di seluruh dunia hari ini, tidak ada satupun negara yang mampu atau boleh memberikan apa jua kehendak rakyatnya secara percuma. Bak kata pepatah, setiap satu perkara, pasti akan ada harganya. Justeru, agak menghairankan, di mana logiknya tuntutan mereka yang mahukan semua perkara itu secara percuma?

Ajaibnya, kelompok gila ini langsung tidak kisah membelanjakan ribuan Ringgit hanya untuk membeli barangan yang menyerlahkan gaya hidup ataupun bercuti di luar negara. Mereka seolah berlagak seperti jutawan apabila berbelanja yang melibatkan diri mereka tetapi seperti “dirasuk” jembalang apabila terpaksa membayar GST yang pada kadar 6 peratus atau membeli barangan keperluan hidup.

Harus diingat, sistem pembelajaran negara hari ini disediakan secara percuma. Para ibu bapa tidak lagi perlu membayar apa juga yuran kecuali sumbangan PIBG. Kesemua gaji guru-guru dan penyelenggaraan sekolah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Malah, bekalan buku teks pun dibekalkan oleh kerajaan. Ibu bapa hanya perlu membeli alat tulis dan buku latihan sahaja. Adakah ini membebankan?

Tidak terhenti disitu sahaja, kerajaan juga menyediakan perkhidmatan bas sekolah secara percuma buatkeluarga yang mendiami rumah PPRT. Lebih dari itu, Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM 100 juga turut di berikan kepada ibu bapa. Malah, wujud wujud satu skim makanan untuk pelajar miskin di sekolah. Tidak cukupkah apa yang sudah disediakan oleh kerajaan ini sehingga mahukan semua perkara secara percuma?

Sektor kesihatan juga menyediakan perkhidmatan yang hampir percuma buat pesakit luarnya. Bayaran yang dikenakan hanyalah RM 1 untuk sekali rawatan beserta ubat-ubatan. RM 1 itu pun di kenakan terhadap pesakit supaya pesakit boleh mengambil tindakan terhadap hospital atau klinik kerajaan sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Sudahlah bayar RM 1, di beri pula kebenaran untuk diambil tindakan di mahkamah?

Nampaknya, golongan pembenci kerajaan mahupun golongan rakyat yang tidak tahu bersyukur ini sudah terlalu manja dan meminta sesuatu yang tidak mungkin dapat diadakan. Andai kata mereka merasakan kerajaan hari ini zalim, kenapa mereka tidak membuang sahaja kerakyatan mereka dan pohonlah kerakyatan mana-mana negara yang boleh memberikan apa yang mereka mahu?

Negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain, Jerman dan banyak negara lagi mengenakan caj yang jauh lebih tinggi berbanding negara ini. Malah, andai kata puak-puak gila ini mahu membuang air sekali pun, tiada satu pun tandas awam disediakan secara percuma. Adakah mereka ini terlalu bebal untuk memahami realiti keadaan semasa hari ini?

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...