Penyanyi legenda tanah air itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.44 petang, selepas tenat sejak awal pagi semalam sehingga terpaksa diberikan alat bantuan pernafasan.
KUALA LUMPUR: Tan Sri SM Salim meninggal dunia di kediamannya di Ukay Perdana kerana sakit tua.
Penyanyi legenda tanah air yang berusia 88 tahun itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.44 petang tadi, selepas tenat sejak awal pagi semalam sehingga terpaksa diberikan alat bantuan pernafasan.
“Dukacita saya maklumkan Tan Sri SM Salim sudah meninggal dunia pada pukul 5.44 petang,” kata wakil keluarga beliau melalui mesej aplikasi WhatsApp kepada Bernama.
Semalam, ahli keluarga dan sahabat handai terdekat mula mengunjungi kediamannya untuk menghadiri majlis bacaan surah Yasin setelah seniman itu dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
SM Salim atau nama sebenarnya Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros memulakan kerjaya sebagai penyanyi pada 1950-an dan merupakan pendukung gigih lagu Melayu klasik.
Seniman veteran itu lumpuh akibat sakit saraf dan perlu bergantung kepada kerusi roda sejak 17 tahun lalu.
Penyanyi SM Salim kritikal
Comments
The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.
Comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini
