Siapa sangka lagu yang selalunya difahamkan dapat menghiburkan hati tatkala dalam suka dan duka, rupanya lagu Anuar Zain juga dapat merawat orang yang sedang sakit.
Menarik lagi, lagu-lagu penyanyi hebat itu turut menemukan dua hati yang sedang kesunyian. Wow dah macam agen mencari jodoh.
“Mendengar khabar baik bahawa lagu-lagu saya dapat memberikan kegembiraan kepada para pendengar sudah tentu saya juga senang hati dan gembira.
“Sebab bukan senang kita nak menarik pendengar untuk mendengar lagu kita. Jadi lirik lagu juga kena bagus dan pada masa yang sama kita juga kena ikhlas dalam menghasilkan lagu itu.
“Beberapa tahun yang lalu ada juga saya mendengar lagu saya seperti Ketulusan Hati, Lelaki Ini, Keabadian Cinta dan Bila Resah merupakan lagu-lagu yang menjadi punca pasangan bercinta dan merawat pesakit yang menghidap penyakit kurang siuman.
“Kakak saya (Ziana Zain) pernah bercerita tentang bertemu dengan peminat yang mempunyai suami ada masalah mental. Isterinya selalu mendengarkan lagu saya dan dengan izin Allah dia sembuh,” ujarnya.
Anuar Zain yang ditemui ketika menghadiri sidang media Yonder Music Live Series By The Lake, ‘Anuar Zain & You’, bertempat di Le Meridien, Kuala Lumpur.
Untuk info, pada 21 Januari 2017 anda boleh menyaksikan showcase berskala besar Anuar di Panggung Anniversari Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur.
Dapatkan tiket serendah RM388 hingga RM888 di http://ift.tt/1bNLODv bermula 9 Disember ini.
Comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini
