Get $25 free
loading...

Dr Mahathir Kini Suci Bersih Lepas “Cium Mulut” Dengan DAP

Apa agaknya motif bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ini menghadiri Konvensyen DAP, Ahad lepas daripada hadir ke perhimpunan Solidariti Rohingya yang mana dulu konon-kononnya menjadi madah perjuangan beliau menentang keganasan dan peperangan?

Beliau kini menganggap diri beliau sudah bersih dari “dosa” dengan DAP apabila hadir ke konvensyen mereka dan boleh memulakan kerjasama dengan parti cauvinis itu untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, beliau tidak sedar bahawa pandangan mata rakyat pula melihat beliau semakin kotor apabila semakin ligat menjilat ludah sendiri dengan memperjudikan prinsip yang diperjuangkannya dulu satu persatu.

Pada Ahad juga, Dr Mahathir mendakwa seorang Perdana Menteri tak perlu berdemo.

Beliau sudah lupa agaknya, ketika menjadi Perdana Menteri beberapa kali juga dilakukan demonstrasi serupa untuk Palestin dan Iraq serta Himpunan Aman Malaysia di Stadium Bukit Jalil pada 2003 yang semuanya dihadiri beliau sendiri.

Paling dekat, Dr Mahathir takkan sudah lupa yang beliau turut berdemonstrasi di atas jalanan yang mana beliau labelkan sebagai tunjuk perasaan jalanan ketika hadir perhimpunan Bersih 5 bulan lepas.

Antara dosa beliau yang Dr Mahathir mahu bersihkan ialah betapa ramai pemimpin DAP termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di bawah arahan beliau.

Difahamkan, anak Kit Siang, Lim Guan Eng juga ada dipenjarakan demi menyelamatkan anak isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, iaitu Rahim Tamby Chik.

Orang biasa mahu mencuci dosa dengan bertaubat dan meninggalkan budaya politik kotor serta tidak menjadi pengkhianat tetapi Dr Mahathir hanya “mencuci” dosanya dengan bersekongkol dengan pengkhianat yang pernah dibencinya sendiri.

Bagaimanapun, adakah Dr Mahathir sudah benar-benar pasti bahawa DAP dan para pemimpinnya sudah benar-benar melupakan “dosa” yang beliau lakukan atau sekadar mengambil kesempatan dan mempergunakan Dr Mahathir untuk kepentingan politik mereka.

Memang mengecewakan apabila Dr Mahathir yang dahulunya memartabatkan dirinya sendiri sebagai seorang yang amat memperjuangkan orang Melayu tetapi kini bersekongkol dengan mereka nampak membenci bangsa Melayu. –  pru14.tv

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...