Get $25 free
loading...

Pemandu maut dihempap besi kren: Syarikat didenda RM40,000

Hakim menjatuhkan denda itu selepas wakil syarikat terbabit mengaku bersalah atas pertuduhan itu dan mengambil kira kepentingan orang awam.

kren

PETALING JAYA: Domain Resources Sdn Bhd yang terbabit dalam tragedi besi penyangkut kren jatuh dan menghempap seorang pemandu kereta di ibu negara, Ogos lalu, didenda RM40,000 kerana syarikat itu tidak mengikut prosedur keselamatan pekerjaan.

Oriental Daily melaporkan Hakim Mahkamah Sesyen, Harmi Thamri Mohamad @ Shaharudin mengenakan denda itu selepas wakil syarikat terbabit, Hong Chuan, mengaku bersalah atas pertuduhan itu dan mengambil kira kepentingan orang awam.

Mengikut kertas pertuduhan, syarikat itu didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 17(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM50,000 di bawah Seksyen 19 akta sama.

Timbalan Pendakwa Raya daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Intan Noorashikin Nasaruddin memohon mahkamah mengenakan hukuman maksimum kepada syarikat itu kerana gagal menyediakan prosedur kerja selamat dan mengambil kira kekerapan kemalangan berlaku di tapak pembinaan sehingga menyebabkan keluarga mangsa mengalami trauma.

Peguam Domain Resources bagaimanapun memohon hakim mengurangkan denda kerana syarikat itu sudah menambahbaik tahap keselamatan di tapak pembinaan dan menyediakan prosedur operasi standard (SOP) lebih selamat, selain menawarkan bantuan kepada keluarga mangsa dan waris memaklumkan tidak akan mengambil tindakan terhadap syarikat berkenaan.

Chin Khoon Sing, 24, yang berasal dari Pulau Pinang maut serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di tengkuk, dada dan rusuk kanan, akibat dihempap serpihan besi kren seberat 1,000 kilogram yang jatuh dari tingkat 20 bangunan hotel yang dalam pembinaan, dekat pusat beli-belah Pavilion, pada 25 Ogos lalu.

Pemandu wanita maut dihempap besi kren 1,000kg dekat Pavilion KL


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...