Get $25 free
loading...

Pemadu Tidak Prihatin, Insan OKU Terkilan Luah Perasaan

Sememangnya, sifat saling hormat menghormati juga prihatin terhadap sesama insan adalah antara nilai yang pelu ada dalam setiap orang. Ia menunjukkan bahawa kita boleh hidup harmoni antara satu sama lain, dengan saling bertolak ansur walau dalam apa jua keadaan.Walau bagaimanapun, disebabkan adanya sifat tidak ambil peduli, dan pentingkan diri, ada segelintir netizen yang tidak mengendahkan kesusahan orang lain, demi keselesaan diri mereka. Inilah yang berlaku kepada seorang insan kurang upaya (OKU) yang terpaksa berhadapan dengan individu yang kurang peka mengenai OKU.

Dia bernama saudara Hafiz Hamzahari meluahkan perassan di akaun laman Facebooknya. Ketika itu, dia baru sahaja selesai membeli barang di salah sebuah pasaraya besar di Melaka, dan sewaktu ingin kembali ke kereta, Hafiz tidak dapat memasuki keretanya, kerana kereta Axia yang parkir terlalu hampir dengan

keretanya.

“Dah la cari parking punya susah tadi, nak balik boleh pula kena macam ini” coret Hafiz.

Katanya lagi, jika pemandu tersebut tidak inginkan bantuan dari sesiapa tidak mengapa, tetapi janganlah sampai menyusahkan orang lain pula.

“Engkau kalau hidup tak nak bantuan orang tak apa, ni ko menyusahkan orang pula, perangai manusia apa macam ini” ujarnya lagi.

Barangkali disebabkan perkara sebegini, membuatkan OKU di luar sana, tidak mahu untuk keluar, kerana adanya segelintir masyarakat yang berperangai seperti ini.

“Dah la main selit kat tepi tu, benda macam ini la yang buat aku malas keluar, jumpa orang yang pentingkan diri” jelas Hafiz.

Dibawah adalah antara komen dan reaksi netizen. Majoriti netizen di luar sana yang marah akan tindakan pemandu berkenaan, dan meminta pihak berwajib kenankan tindakan buat mereka.

Rata-rata bersimpati dengan saudara Hafiz, dan mendoakan yang terbaik buatnya, dan berharap dia sabar dengan dugaan ini, serta dipermudahkan segala urusannya. Juga agar pemandu tersebut, diberikan hidayah.

Jadi, walau di mana jua anda berada, perlu diingat, kita hidup secara bermasyarakat, seeloknya budaya bertolak ansur, dan prihatin terhadap insan lain perlu ada dalam diri kita. Moga tiada lagi insan di luar sana menerima nasib yang sama seperti saudara Hafiz, biar ia menjadi pembuka mata buat kita semua.

-pru14.tv-



lagi info di : Gosip Artis Terkini

loading...