Baru-baru ini, seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun meninggal dunia akibat serangan jantung, kira-kira dua hari sebelum dia dijadualkan memberikan keterangan terhadap seorang warga emas yang dituduh melakukan penderaan seksual ke atasnya.
Dalam pada itu, kanak-kanak berkenaan, yang dinamakan sebagai YK, dikejarkan ke hospital selepas rebah di rumahnya di Bornova, Turki.
Bagaimanapun, dia gagal diselamatkan. Kanak-kanak itu dipercayai terlampau bimbang dengan kes serangan seksual berkenaan hinggakan jantungnya tidak dapat menerima tekanan terbabit.
Selain itu, YK juga dikatakan trauma terhadap apa yang berlaku ke atasnya dan tidak dapat ke sekolah selepas empat bulan kejadian hitam itu berlaku. Dia juga terpaksa bertemu dengan pakar psikologi kanak-kanak.
Mangsa didakwa diserang oleh datuk kepada rakannya yang hanya dikenali sebagai TC, berusia 56 tahun, ketika sedang bermain di balkoni rumah rakannya.
Walau bagaimanapun, mangsa telah ditinggalkan berdua-duaan dengan YC dan kesempatan yang ada digunakan oleh lelaki itu untuk melakukan perbuatan terkutuk itu.
Sejak tragedi hitam yang berlaku pada dirinya, YK tidak pernah sembuh dan tidak berani keluar rumah. Dia juga mula kencing malam.
“Anak saya sangat takut selepas serangan seksual itu. Kini dia telah kehilangan nyawa. Saya akan lakukan apa sahaja untuk memastikan lelaki itu dihukum” kata bapa mangsa.
-pru14.tv-
Comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini
