Get $25 free
loading...

Kumpulan koir gadis Islam curi tumpuan di gereja Lubnan

Kumpulan itu mempersembahkan lagu 'Silent Night' dalam bahasa Arab di sebuah gereja Katolik di Beirut.

VIDEO INSIDE

silent-night

PETALING JAYA: Sebuah kumpulan koir Krismas yang dianggotai gadis beragama Islam menjadi tumpuan ketika mempersembahkan lagu “Silent Night” dalam bahasa Arab di Beirut, Lubnan baru-baru ini.

Klip video seramai 40 gadis bertudung itu menyanyikan lagu di Gereja Katolik St Elie Greek pada 19 Disember di sebuah kawasan majoriti Islam di ibu kota itu dimuat naik di laman Facebook milik Yayasan Imam Sadr, yang menaja kumpulan itu.

Mereka dipimpin ahli muzik terkenal Lubanan, Abeer Nehme.

Yayasan tersebut merupakan antara peserta concert Beirut Chants Festival sempena Krismas, yang menyaksikan 23 konsert percuma bermula 1 Disember sempena perayaan itu.

Ia menerima pujian ramai di negara yang hampir separuh penduduknya ialah penganut Kristian di samping majoriti Islam.

Lubnan merupakan antara negara unik di Timur Tengah, dan mengamalkan perkongsian kuasa di antara penduduk Kristian dan Islam.

Tiga jawatan tertinggi kerajaan juga dilantik bagi mewakili semua kelompok. Presiden dilantik dari kalangan penganut Kristian Maronit, Speaker dari penganut Islam aliran Syiah, dan perdana menteri penganut Islam aliran Sunnah.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...