Get $25 free
loading...

Kerajaan Selangor : Bermula 1 Januari 2017 Setiap Beg Plastik Pakai Buang Akan Dikenakan Caj

Kerajaan Selangor : Bermula 1 Januari 2017 Setiap Beg Plastik Pakai Buang Akan Dikenakan Caj

Sebelum ini, kita semua tahu bahawa pada hari Sabtu, tiada beg plastik akan diberi kepada pengguna yang membeli barang di pusat membeli belah atau kedai serbaneka. Ianya dilakukan bagi melancarkan program “Let’s Go Green”. Jika pengguna masih mahukan beg plastik, mereka akan dicaj sebanyak 20 sen untuk sehelai beg plastik.
Terkini, Kerajaan Selangor telah mengeluarkan notis pemberitahuan Kempen #BebasPlastik dimana ia adalah kempen bebas beg plastik dan polistirena. Ianya akan mula dilaksanakan pada 1 Januari 2017. Dalam notis tersebut menyatakan bahawa penguatkuasaan ini akan diadakan setiap hari disetiap premis di seluruh Selangor.

Dalam pada itu, beg plastik pakai buang tidak akan dibekalkan secara percuma kepada pengguna. Bayaran akan dikenakan bagi setiap beg plastik yang ingin digunakan oleh pengguna.

Pada masa yang sama, penggunaan bekas makanan dan peralatan yang diperbuat daripada polistirena juga akan dihentikan. Sementara itu, pihak Giant juga telah mengeluarkan notis yang menyatakan mereka tidak akan menyediakan beg plastik untuk pengguna setiap hari.


-pru14.tv-

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...