Get $25 free
loading...

Kanak-kanak 6 tahun “Shopping” Guna Cap Jari Ibu

BIJAK atau sebaliknya, kanak-kanak dari Arkansas ini ‘mencuri’ cap jari ibunya yang sedang tidur bagi mengakses telefon bimbit jenis iPhone milik ibunya untuk membeli hadiah krismas.

Ashlynd, 6, telah membeli patung Pokemon untuk sambutan hari Krismah bernilai AS$250 (RM1,120) di laman Amazon menggunakan telefon bimbit ibunya, Bethany Howell yang sedang tidur.

Budak 6 Tahun 'Curi' Cap Jari Ibu Beli Hadiah Krismas

Dailymail melaporkan, ketika kejadian Bethany sedang tidur di sofa manakala anak perempuannya itu sedang bermain dekat dengannya.

Bethany hanya menyedari kejadian itu apabila menerima 13 pengesahan pesanan untuk hadiah permainan Pokemon dan menyangka akaunnya itu telah digodam.

“Telefon saya berada di atas meja bersebelahan sofa dan selepas beberapa menonton filem bersama, saya tertidur.

“Ashlynd mengambilnya dan menggunakan ibu jari saya untuk membuka telefon itu,” katanya yang membenarkan anaknya menggunakan telefon tersebut untuk mengakses Youtube danNetflix.

Budak 6 Tahun 'Curi' Cap Jari Ibu Beli Hadiah Krismas

Apabila ditanya mengenai perkara itu, Ashlynd hanya berkata dia membeli belah menggunakan telefon bimbit ibunya.

“Ya, saya membeli belah,” kata Ashlynd kepada ibunya.

Jelasnya, tidak menyangka anaknya itu mengetahui pembelian barangan melalui Amazon dan ianya dapat dilakukan kerana butir-butir kad kredit dan alamat sudah disimpan ke dalam sistem yang mempunyai ciri-ciri pengisian automatik.

Bagaimanapun, Bethany hanya dibenarkan untuk memulangkan empat daripada barang yang ditempah.

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...