Get $25 free
loading...

Iklan Lucah Gambir Emas Di Lebuh Raya KL Seremban

SEMPENA musim cuti sekolah ini, sesetengah pihak cuba mengaut keuntungan tanpa memikirkan kewajaran dari tindakan mereka tersebut. Nama pun cuti sekolah, maka kanak-kanak yang pastinya masih di bawah umur dihidangkan dengan iklan yang berbaur lucah.

Iklan tersebut dilihat di  lebuh raya Kuala Lumpur Seremban berhampiran susur Labu Seremban. Produk yang diiklankan jelas untuk kegunaan orang dewasa. Gambir Emas yang merupakan “performance gel” cuba dipasarkan atas “caption” “subuh baru cabut” dilihat amat keterlaluan memandangkan ianya dipamerkan di tempat yang amat terbuka.

PRU14.tv amat berharap agar pihak PLUS yang menyelenggara kawasan tersebut lebih sensitif terhadap perkara-perkara yang melibatkan bahan-bahan dewasa.

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...