Get $25 free
loading...

Hadir Persidangan DAP, Kesilapan Paling Besar Dan Memalukan Dr Mahathir

Langkah menghadiri Persidangan Parti DAP Ahad lepas, disifatkan oleh banyak pihak sebagai satu kesilapan dan langkah paling memalukan dalam sejarah politik seorang bekas Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Biasanya apabila seseorang sudah mencipta legasi sebagai Perdana Menteri sesebuah negara selama 22 tahun, pastinya beliau akan duduk diam selepas meletakkan jawatan dan menikmati bagaimana rakyat negara itu menghargai jasanya selama memegang jawatan berkenaan.

Lain pula bagi Dr Mahathir apabila di usia 92 tahun, mula bangkit menentang kerajaan yang dibinanya sendiri dan mahu menjatuhkan parti yang mana beliau ketuai dulu begitu lama iaitu Barisan Nasional (BN).

Pastinya, sebab untuk Dr Mahathir untuk melakukan perkara yang besar sebegini kerana sudah pasti beliau tahu dengan memihak kepada DAP, orang ramai khususnya bangsa Melayu akan semakin membenci dirinya yang tidak disangka-sangka akan bersama-sama menyokong DAP yang dipelopori oleh kaum Cina.

Ketika Dr Mahathir menghadiri persidangan DAP itu, turut sama diadakan ialah perhimpunan solidariti untuk bangsa Rohingnya di Stadium Titiwangsa, di Kuala Lumpur yang lebih signifikan sebelum ini sebagai sebuah pejuang keamanan dan seorang yang anti-peperangan.

Beliau pernah menjadi Pengerusi Yayasan Jenayah Perang Kuala Lumpur yang berjuang untuk menjadikan peperangan satu bentuk jenayah dan bukannya satu keperluan.

Ada perancangan dahulu kononnya untuk diwujudkan Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur untuk membicarakan penjenayah-penjenayah perang antarabangsa di ibu negara dulu tetapi semua tinggal perancangan.

Tindakan Dr Mahathir tidak menghadiri sokongan untuk bangsa Islam Rohingya menunjukkan beliau nampaknya menyokong kekejaman kerajaan Myanmar ke atas bangsa minoriti itu di kawasan Rakhine yang kini terus menerus dizalimi.

Bagi Dr Mahathir, ada penganalisis politik berpendapat bahawa imej dirinya pada ketika ini sudah tidak penting tetapi apa yang dimahukan ialah sesuatu perlu dilakukan untuk menyelamatkan kroni-kroni besarnya yang selama ini sudah banyak membantu beliau ketika menjadi Perdana Menteri.

Rakyat begitu terkejut apabila seorang pemimpin yang mengajar rakyat berpuluh tahun untuk membenci DAP boleh hadir dan duduk sebaris dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang menagih sokongan mereka.

Dr Mahathir pernah berkata satu ketika dulu, orang Melayu yang paling keji ialah orang Melayu yang sama Melayu bertekak kemudian pergi berjumpa dengan orang Cina mengharapkan sokongan mereka untuk menang dalam pertikaian itu.

Beliau sendiri meletakkan dirinya dalam kekejian yang sedang berlaku sekarang ini. – pru14.tv

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...