Pelakon cantik Fathia Latiff baru-baru menyuarakan rasa kesal dengan sikap seorang pramugari MAS yang dikatakan enggan membantunya mengangkat beg ketika dalam pesawat.
Memuat naik gambar seorang pramugari di laman Twitter miliknya, Fathia juga menulis,
“Mintak tolong angkatkan beg but this stewardess cakap ada back ache! Get some rest la tak payah kerja kalau ada back ache. Kudos @masMalaysia.”
Tanpa disangka perbuatannya itu telah mendapat berbakul-bakul kecaman daripada netizen. Mereka mempersoal tindakan Fathia yang memalukan pramugari itu secara terang-terangan di laman sosial.
Kemudian, pelakon tersebut didapati memadam status berkenaan sekaligus menambah ‘bara’ di kalangan netizen yang sememangnya sedang berasa geram dengan tindakannya.
Mereka turut memberikan amaran agar tidak menggunakan khidmat pesawat MAS pada masa akan datang kerana telah memalukan warga kerja organisasi itu.
Comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini
