UMAT Islam menarik nafas lega apabila Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman bin Abdul Aziz mengisytiharkan akan membatalkan yuran visa haji dan Umrah bermula tahun ini. Perkara tersebut disampaikan oleh ahli Jawatankuasa Tertinggi Haji dan Umrah, Nasir Toruk.
Keputusan untuk membatalkan caj yang baru diperkenalkan dibuat susulan protes rakyat Mesir dan umat Islam di negara-negara lain yang menyifatkannya sebagai mahal, lapor Alborsa News.
Selain pembatalan caj yang baru dikenakan, Arab Saudi akan memberikan dua visa percuma kepada setiap syarikat berlesen yang terbabit dalam bidang haji dan umrah.
Dalam isu GST pula, Arab Saudi tetap mengambil pendekatan untuk melaksanakannya bermula 1 Januari 2017. Sebelum ini Menteri Kewangan Arab Saudi, Ebrahim Al Assaf mengumumkan negara berkenaan bakal melaksanakan GST dalam masa terdekat.
Menurut sumber, kadar GST Arab Saudi adalah pada sekitar 5%. Langkah melaksanakan GST ini bagi mengimbangi kesan harga minyak mentah yang menurun di pasaran global sejak beberapa bulan lepas..
Kejatuhan harga minyak mentah di pasaran global telah mengakibatkan Arab Saudi hilang punca pendapatan untuk perbelanjaan negara tersebut. Defisit bajet Arab Saudi pula melonjak kepada USD98 bilion pada 2015 berikutan penyusutan drastik harga minyak mentah dunia.
Walaupun kadar GST yang diperkenalkan oleh Arab Saudi adalah 5% iaitu lebih rendah 1% daripada negara kita namun mereka tidak melaksanakan sebarang pengecualian GST walaupun ianya melibatkan barang-barang keperluan asas.
Rakyat Malaysia amat bernasib baik memandangkan kerajaan amat prihatin terhadap golongan yang berpendapatan rendah dengan melaksanakan barangan sifar GST terutama bagi barangan keperluan asas. Untuk makluman, terdapat beratus senarai barangan yang dikecualikan daripada GST atau Sifar GST.
Comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini
