Get $25 free
loading...

Benarkah PPBM Mahu Mencalonkan Muhyiddin Sebagai Bakal Perdana Menteri?

Apa yang berlaku terhadap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yasin hari ini, boleh diibaratkan sama seperti nasib yang menimpa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Persamaan antara mereka mudah, kedua-duanya menyimpan harapan dan impian untuk menjadi Perdana Menteri pada satu hari nanti.

Malah, mereka juga berkongsi perkara yang sama iaitu, dipecat daripada UMNO dan menubuhkan parti sendiri hanya untuk melangsungkan cita-cita mereka untuk menjadi Perdana Menteri menerusi sokongan daripada bekas-bekas musuh politik mereka sendiri.

Setelah selama lebih 18 tahun drama yang sama dipentaskan oleh pembangkang dengan meletakkan Anwar sebagai teraju utama, kali ini Muhyiddin pula menggalas teraju utama untuk diletakkan sebagai calon pilihan untuk diangkat sebagai calon jawatan nombor 1 negara ini. Disaat Muhyiddin berhadapan dengan cabaran hebat dalam partinya, secara tiba-tiba ada pemimpin kanan PPBM mencalonkan namanya sebagai calon Perdana Menteri.

Agak menghairankan, bagaimana seorang Presiden parti yang teruk diasak kiri dan kanan oleh ahli dan pemimpin utama partinya sendiri boleh diangkat sebagai calon Perdana Menteri? Memetik kata-kata Tun Dr Mahathir, beliau enggan menamakan sesiapa sahaja sebagai calon Perdana Menteri walaupun individu berkenaan datangnya dari partinya sendiri.

Justeru, agak menghairankan, adakah nama Muhyiddin ini disebut sebagai melariskannya kembali dalam arus politik negara sedangkan pada hakikatnya, kedudukan Muhyiddin selaku Presiden PPBM berada dalam keadaan yang cukup goyah?

Malah, memetik laporan yang dikeluarkan oleh portal pro pembangkang, MalaysiaKini, nama pemimpin berkenaan juga langsung tidak disebut dalam laporan berkenaan. Ini telah menimbulkan tandatanya, benarkan Muhyiddin dicalonkan atau hanya diletakkan sebagai kambing hitam dalam parti?

Apa yang pasti, andai benar namanya dicalonkan, sudah tentu antara parti yang akan membantah keras pencalonannya adalah PKR. Ini kerana, sejak lebih 18 tahun yang lalu, jawatan Perdana Menteri hanya disimpan untuk Anwar Ibrahim dan tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana majlis tertinggi Pakatan Harapan.

Untuk melihat Muhyiddin melanggar tradisi ini, walaupun PPBM secara amnya telah menyertai Pakatana Harapan, pasti sesuatu yang amat tipis. Sentimen pro Anwar di dalam Pakatan Harapan nyata begitu sukar dikikis walaupun kini, Mahathir sudah sah berada di dalam saf kepimpinan Pakatan Harapan.

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...