Get $25 free
loading...

Bagan Datoh ditukar kepada Bagan Datuk

Ejaan baharu itu akan mula digunakan pada pengisytiharan rasmi daerah baharu itu oleh Sultan Nazrin Shah pada 9 Januari nanti.

Datuk-Seri-Abdul-Puhat-Mat-Nayan

IPOH: Ejaan baharu bagi Bagan Datoh di Perak ialah Bagan Datuk dan ia akan mula digunakan semasa pengisytiharan rasmi daerah baharu itu oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah pada 9 Januari nanti.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata, ia diputuskan dalam persidangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 22 November lalu.

“Sehubungan itu, jabatan dan agensi kerajaan perlu mengguna pakai ejaan baharu tersebut dalam pengurusan masing-masing,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurut Abdul Puhat, pengisytiharan bersejarah itu akan dilakukan di Dewan Sekolah Menengah Sains dekat Bagan Datoh dengan dihadiri kira-kira 15,000 penduduk daerah itu.

Bagan Datoh secara rasmi diwartakan sebagai daerah pentadbiran ke-12 di Perak pada 15 Jun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sambutan Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2016, Julai lalu, mengumumkan Bagan Datoh dinaik taraf sebagai daerah penuh, hasil persetujuan bersama kerajaan negeri dengan persekutuan.



Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...