Perpecahan diantara PAS dan DAP telah melahirkan PAN yang berfahaman Islam liberal yang mana akan mengikut telunjuk dan arahan DAP untuk bersama-sama menghina Islam dan sekaligus secara perlahan-lahan.
Hal ini terbukti dengan beberapa kejadian penghinaan yang dilakukan oleh pengikut tegar DAP yang memuat naik penghinaan termasuklah isu Hari Raya Aidil Fitri. Ini tidak lagi termasuk penghinaan terhadap hukum hakam yang dituntut agar ianya dihapuskan didalam sistem perundangan Islam.
Tindakan PAS untuk keluar daripada kumpulan penyokong Islam liberal ini sekali gus menunjukkan bahawa PAS telah sedar corak permainan politik yang digunakan oleh DAP yang mana hanya untuk mempergunakan sokongan yang ada didalam PAS untuk meraih kemenangan.
Jika sebelum ini, sebelum tertubuhnya PASMA yang mana sekarang dikenali sebagai AMANAH@PAN dan diketuai oleh Mat Sabu yang mana dilihat sebagai penyokong tegar kepada DAP dan Anwarinas telah menunjukkan taringnya dengan melakukan kritikan terhadap kepimpinan PAS.
Krisis kepimpinan PAS yang tidak sehaluan pemimpin haluan Liberal dalam PAS – atau seringkali disebut sebagai Anwarinas, dengan haluan ulamak sudah pun dikesan semenjak pemilihan Timbalan Presiden parti apabila undi puak ulamak berpecah akhirnya menaikkan Mat Sabu, yang sering dituduh pengamal Syiah itu, hasil dokongan kumpulan mereka yang tidak gemar dengan kepimpinan ulamak.
Untuk percaturan pada kali ini, DAP sudah bersedia untuk tidak lagi mengharapkan penyokong rasmi PAS untuk mengundi mereka. DAP sudah yakin bahawa, mereka sudah ada penyokong Melayu-Islam yang sudah pun setia dan bersama dengan parti mereka.
PRK Telok Intan DAP telah mula mengetengahkan ikon calon muda yang sudah tersedia untuk menguji sokongan didalam pilihanraya kecil. Ikon muda aktivis berbangsa Melayu sudah disediakan untuk dibaruakan tetapi DAP juga sudahpun mempunyai cukup penyokong dikalangan penyokong PAS yang telah keluar PAS menjelang PRU akan datang apabila PAS tidak lagi bersama Pakatan.
PAS, secara rasminya , tidak akan lagi bersama DAP dalam PRU akan datang. Tetapi percayalah, DAP sudahpun membela cukup “barua” (pinjam istilah Presiden PAS) dari kalangan ahli PAS (termasuk sebahagian besar juga dari barisan pimpinan sekarang) untuk “bersama” dalam semangat untuk menggerakkan sokongan kepada DAP.
“Barua-barua” ini, bersama dengan pengikut mereka akan berbondong membuta menuruti percaturan DAP yang mana sudah bersedia untuk menjadikan mereka ini kuda tunggangan untuk membenamkan Islam dan juga kepimpinan PAS dan juga UMNO.
Bagi mereka ini DAP adalah segalanya bagi mereka. Seumpama seorang ayah yang setiap bulan memberi makan kepada anaknya malah setiap gerakan menghina Islam dan juga Melayu disambut dengan pujian yang melambung.
Sekarang DAP sudah tidak peduli apa yang rakyat perkatakan tentang mereka. DAP juga tidak kisah untuk mengherdik Presiden PAS. Malah Guan Eng sendiri sudah berani menyaman bekas Ketua Pemuda PAS.
Begitulah yakinnya DAP. Sebab DAP tahu, orang-orang yang dibela mereka dari kalangan pimpinan sudah pun berani bersuara menyanggah pimpinan PAS sendiri bagi menyokong sahabat akrab mereka dari DAP.
Dan pada peringkat kenyakinan yang sebegitu tinggi ini, DAP pun bersedia jika PKR dibungkus nanti selepas Anwar dipenjarakan. Hatta, jika Anwar mengadakan rundingan dengan Najib untuk bersama dalam menentang asakan .
DAP bersedia bersendirian. Sebab DAP sudah capai tahap keyakinan bahawa sudah ramai Melayu yang boleh dibeli. Bukan itu sahaja DAP boleh memperkatakan apa sahaja tentang Islam dan juga Melayu kerana mereka akan dilindungi oleh kumpulan yang dilahirkan sebagai balaci atau barua untuk agenda DAP.
Comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini
