Get $25 free
loading...

Ahli perniagaan diugut bunuh buat laporan polis

G Ghanaraja mendakwa seorang ahli politik terkenal dan peguam mengancam membunuhnya dan keluarga jika gagal membayar RM5.8 juta.

killer

PETALING JAYA: Seorang ahli perniagaan hari ini membuat laporan polis, mendakwa beliau dan keluarga menjadi sasaran ahli politik terkenal dan peguam berhubung usaha sama perniagaan mereka gagal.

Ahli perniagaan Datuk Seri G Gnanaraja mendakwa menerima ancaman bunuh melalui telefon.

Pemanggil didakwa memberi amaran jika Gnanaraja tidak membayar kedua-duanya “token” sebanyak RM5.8 juta, mereka akan mengupah pembunuh upahan untuk membunuh beliau dan keluarga.

“Mereka berkata akan mengupah orang Thailand untuk membunuh saya dan keluarga. Saya kini bimbang akan keselamatan keluarga,” katanya kepada FMT, sambil menambah beliau membuat laporan polis atas nasihat peguamnya.

Gnanaraja juga berkata, beliau dan keluarganya menyembunyikan diri sejak Oktober.

Bulan lalu, Bendahari Agung MIC Datuk S Vell Paari mendakwa Gnanaraja dan isterinya Datuk Geethanjali G, bekerjasama dengan sebuah syarikat pelaburan forex dan berjanji kepada lebih 200 pelabur, termasuk pelajar dan pesara memperoleh pulangan lumayan.

Vell Paari berkata pelabur tidak pernah memperoleh pulangan daripada pelaburan mereka. Ghanaraja dan isterinya mengeluarkan penafian segera, mengancam menyaman bendahari agung MIC.

Dalam laporan polisnya, Gnanaraja berkata beliau dipaksa masuk ke dalam bilik dengan 2 “samseng” bertubuh besar yang kemudian memaksanya menandatangani perjanjian membayar RM5.8 juta kepada ahli politik dan peguam.

“Mereka juga mengancam menjatuhkan imej isteri saya dan kerjaya politik,” katanya.

Seorang peguam Gnanaraja, yang tidak mahu namanya disiarkan, memberitahu FMT anak guamnya menerima ancaman bunuh melalui telefon daripada samseng tempatan, menuntut beliau menarik laporan polis.

“Mereka memberi amaran kepada beliau untuk menarik balik laporan polis, jika tidak, beliau akan ditembak. Kami sedang berusaha mendapatkan perlindungan daripada pihak polis,” kata peguam itu.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...