Get $25 free
loading...

TABUNG HAJI TAK DAPAT BAYAR DIVIDEN TAHUN NI, PARAS RIZAB NEGATIF

tabung haji.jpg

Berita kurang baik yang terpaksa rakyat Malaysia hadapi lagi pada tahun ini iaitu mengenai status terkini Tabung Haji. Paras rizab Tabung Haji sekarang dilihat berada dalam keadaan negatif dan tidak akan dapat membayar 8.8 juta pencarum sebarang dividen tahun ini jika tidak mengambil tindakan menyelesaikan. Berita ini sudah pasti membuatkan ramai pendeposit Tabung Haji kurang senang.
Amalan pengagihan dividen dan bonus tidak berhemat Lembaga Tabung Haji secara puratanya melebihi keuntungan semasa menyebabkan paras rizab terkumpulnya terus merosot.
Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata, Paras rizab Lembaga Tabung Haji pada masa kini adalah negatif dan tidak akan dapat membayar 8.8 juta pencarum sebarang dividen tahun ini jika tidak mengambil tindakan menyelesaikan masalah ini.
Dalam surat bertarikh 23 Disember yang dilihat The Malaysian Insider, Zeti memberitahu Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim nilai aset hanya mencukupi untuk membayar tidak lebih daripada 98 sen bagi setiap seringgit nilai liabiliti.
Seksyen 22 Akta Tabung Haji menyatakan Lembaga Tabung Haji tidak boleh mengisytiharkan pengagihan dividen dan bonus kepada pendeposit sekiranya nilai aset kurang daripada nilai kesemua obligasinya.
Dalam satu surat berasingan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada tarikh sama yang turut dilihat The Malaysian Insider, Zeti memberi amaran keadaan kewangan Tabung Haji boleh memberi kesan kewangan kepada kerajaan.
Zeti berkata, ini kerana Putrajaya menjamin sepenuhnya simpanan deposit di Lembaga Tabung Haji.
Beliau memberitahu Jamil disebabkan perkara ini, keberkesanan Lembaga Tabung Haji dalam membantu umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah haji mungkin terjejas.
Sementara itu, dalam suratnya kepada Azeez, Zeti berkata Lembaga Tabung Haji mungkin terpaksa melupuskan aset pelaburannya pada skala besar dan masa yang singkat untuk memenuhi tanggungjawab kepada pendeposit.
Zeti menyalahkan amalan Lembaga Tabung Haji kerana membayar dividen lebih daripada kemampuan kepada pendeposit sejak 2012.
“Amalan pengagihan dividen dan bonus tidak berhemat secara puratanya melebihi keuntungan semasa (purata sebanyak 107% bagi tempoh 2012-2014) menyebabkan paras rizab terkumpul Lembaga Tabung Haji yang sememangnya rendah untuk terus merosot, sehingga tidak mencukupi untuk menangani prestasi lemah portfolio ekuiti yang lemah pada 2015.
“Ini seterusnya menyebabkan rizab Lembaga Tabung Haji menjadi negatif,” kata Zeti dalam surat itu.
Beliau mencadangkan Lembaga Tabung Haji agar segera merangka dasar rizab dan pelan pelaksanaan yang sudah diluluskan Lembaga Pengarah kepada Bank Negara pada 31 Mac 2016.
Selain itu, mencadangkan kepada Jamil untuk menambah bilangan ahli Lembaga Pengarah yang mempunyai pengalaman dan kepakaran luas dalam bidang kewangan.
Previous
Next Post »
loading...