Get $25 free
loading...

Fafau Tiada Pilihan, Terpaksa Pakai 'Baju Ayam Belanda'

..

Penampilan pengacara popular Fara Fauzana (Fafau) sewaktu mengacarakan Anugerah Juara Lagu (AJL30 pada malam Ahad lalu menjadi viral gara-gara baju yang dipakainya menyerupai 'ayam belanda'.

Menerusi laporan mStar online, pereka busana tersebut iaitu Rizalman Ibrahim menjelaskan bahawa baju yang dipakai oleh Fafau pada malam itu merupakan koleksi sedia ada yang dihasilkan pada tahun 2015.

Rizalman, 44, berkata, pengacara tersebut meminjam baju itu pada saat akhir berikutan busana daripada pereka fesyen lain sepatutnya dipakai tidak bersesuaian dengan tema majlis anugerah berkenaan.

"Untuk pencerahan Fara Fauzana memakai baju 'ayam belanda' itu daripada koleksi pakaian saya pada tahun 2015.

"Dia meminta untuk memakai pakaian tersebut dua hari sebelum AJL30, ketika itu saya sudah berlepas ke Paris. Baju sepatutnya dipakai (Fara) yang direka oleh pereka lain tidak bertepatan dengan tema.

"Beliau tiada pilihan selain berlari ke butik saya dan meminjam apa sahaja yang sudah tergantung di rak," ujarnya seperti dipetik dari laman Instagram miliknya.

Sementara itu, Fara menerusi Instagram pada Isnin menganggap segala kritikan samaada baik atau buruk sebagai tanda bahawa masyarakat prihatin terhadap penampilannya.

Bagaimanapun, Fara meminta agar orang ramai dan pengikut laman sosial tidak terus berbalah serta menyalahkan pereka fesyen tersebut.

"Positif atau negatif kita tetap suka sebab itu petanda orang prihatin pada kita. Satu yang kita pinta, pereka fesyen tiada salahnya kerana mereka penat bekerja demi cantikkan kita.

"Bukan salah baju mereka tapi, ya badan kita yang 'sado', tolong kutuk saya saja, jangan kutuk mereka," ujarnya

 

 

 

 

Previous
Next Post »
loading...