Get $25 free
loading...

AJL30: Potret Lagu Terbaik!

..

Menepati ramalan ramai, lagu ciptaan Hang Nadim dan lirik oleh Kamal Empaya, Potret, dinobat sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30) yang berlangsung di Stadium Malawati, Putra Bukit Jalil, pada Ahad.

Dengan kemenangan lagu yang turut dinyanyikan Akim & The Majistret itu, mereka berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 dan
sebuah trofi.

Apa Khabar berjaya mengalahkan 11 buah lagu lain iaitu , Malam Ini Kita Punya (Bunkface), Angin Kencang (Noh Saleh),
Knock Knock (Elizabeth Tan), Bukan Hal Aku (Kaka Azraff & Sleeq), Hazama (Sampai Mati), Hanya Namamu (Caliph Buskers),
Assalamualaikum (Faizal Tahir), Biarkanlah (Drama Band), Not For Sale (Stacy feat Altimet), Black (Mana Mungkin) dan Tak Pernah Menyerah (Dayang Nurfaizah).

Naib Juara pula milik lagu Assalamualaikum ciptaan Faizal Tahir dan Omar K sekaligus membolehkan mereka membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM35,000.

Sementara pemenang tempat ketiga dimenangi oleh lagu Hanya Namamu ciptaan dan lirik oleh Edry Abdul Halim dan nyanyian
kumpulan Caliph Buskers. Mereka berjaya menggondol hadiah trofi dan wang tunai sebanyak RM20,000.

Dayang Nurfaizah diumum sebagai pemenang Vokal Terbaik pada malam itu dan membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000. Ini merupakan tahun kedua dayang memenangi anugerah tersebut selepas kemenangannya tahun lalu menerusi lagu di Pintu Syurga.

Manakala persembahan bertenaga kumpulan Akim & The Majistret melayakkan mereka menerima Persembahan Terbaik sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.

Tiga dekad mencipta fenomena, acara muzik tahunan berprestij ini bertujuan memartabatkan industri muzik tanah air
terutamanya memberi penghormatan kepada komposer dan penulis lirik.

Tahun ini AJL30 turut memberikan trofi khas kepada dua tokoh muzik iaitu Tan Sri Ahmad Othman Merican dan Datuk Ooi Eow Jin.

Persembahan AJL30 turut memberikan interprestasi tema yang dipilih tahun ini menyaksikan penyanyi nombor satuk tanah
air, Datuk Siti Nurhaliza, Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah dan Yassin bergabung mempersembahkan medley menerusi lagu
Cindai, Mimpi Laila, Ghazal Untuk Rabiah.

Turut dihangatkan lagi dengan persembahan Jaclyn Victor dan Hafiz mendendangkan lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu,
Awan Nano dan Gemilang. Selain persembahan tarian istimewa 'Showdown The Movie' juga persembahan okestra oleh Rahmat Mega dan Azlan & The Typewriter mendendangkan lagu Rela Ku Pujuk dan Untukmu.


- mD

 

 

 

 

Previous
Next Post »
loading...