Get $25 free
loading...

Majikan Perlu Tahu Tanggungjawab Dalam Percukaian Untuk Pekerjanya

Share This:

Sebagai seorang usahawan yang mempunyai perniagaan, sudah tentu kebajikan pekerja perlulah di uruskan dengan teratur dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Selain setiap pendapatan, perbelanjaan yang direkodkan perlu dilakukan dengan tepat.

Sebagai majikan yang bertanggungjawab, majikan perlu mendaftar fail di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan melengkapkan Borang e-E dan menghantar melalui e-Filing sebelum atau pada 31 Mac setiap tahun.

Dalam hal ini, majikan perlu melaporkan pendapatan pekerja sama ada dalam bentuk tunai atau bukan tunai dalam Penyata Saraan Daripada Penggajian (EA/EC) kepada pekerja setiap tahun.

Pendapatan penggajian pekerja tersebut adalah tertakluk kepada Potongan Cukai Berjadual (PCB) berdasarkan gaji, elaun, pampasan, yuran pengarah, ganjaran, bayaran lebih masa, tip, bonus atau insentif, skim opsyen saham pekerja yang diberikan serta saraan lain.

Ini termasuklah jika majikan menyediakan manfaat berupa barangan atau nilaian tempat kediaman yang disediakan kepada pekerja. Sebagai contoh, majikan yang menyediakan manfaat berbentuk barangan seperti kenderaan, pengiraan perbelanjaan nilaian ini boleh dimasukkan dalam pengiraan PCB.

Pengiraan perlu dilakukan oleh majikan kepada pekerja yang layak untuk dilakukan PCB bergantung kepada taraf perkahwinan pekerja tersebut. Berdasarkan jadual PCB 2017, individu bujang yang mempunyai pendapatan RM2,851 dan individu yang berkahwin dan pasangannya tidak bekerja sebanyak RM3,851 sebulan layak dilakukan PCB.

Pengiraan yang tepat boleh dilakukan oleh majikan untuk memastikan penentuan amaun PCB boleh ditentukan melalui dua kaedah sama ada kaedah Jadual Potongan Cukai Bulanan atau kaedah pengiraan berkomputer.

Jadual Potongan Cukai Bulanan dikeluarkan bagi majikan yang tidak menggunakan perisian pembayaran gaji berkomputer. Jadual berkenaan boleh diperolehi di laman web LHDNM www.hasil.gov.my.

Manakala majikan yang menggunakan sistem penggajian berkomputer wajib mengunakan kaedah pengiraan berkomputer. Sistem ini telah dibangunkan oleh LHDNM seperti Kalkulator PCB dan e-PCB.

Oleh itu, tindakan ke atas majikan akan dikenakan sekiranya majikan terkurang potong/remit kepada LHDNM.

Comments

comments

Related Post

Rompakan Berjemaah DAP, PKR Punca Pergabungan Satu...
Perutusan PM Sempena Maulidur Rasul
Ganjaran RM100 Juta Kit Siang Untuk Kepala Dzulkil...
Anak Saudara Azmin Ditahan SPRM, Yang Salah Tetap ...


lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...