Get $25 free
loading...

Pemenang Nobel kritik Suu Kyi isu Rohingya

Rohingya yang terselamat berkata mereka dirogol, dibunuh dan rumah dibakar askar, tetapi Aung San Syuu Kyi belum mahu mengambil inisiatif

suu kyi

NEW YORK: Lebih sedozen pemenang anugerah Nobel menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu “menghentikan krisis kemanusiaan” masyarakat minoriti Rohingya di Myanmar, yang melarikan diri ke Bangladesh daripada pembantaian tentera.

Dalam surat terbuka kepada Majlis Keselamatan PBB, 23 pemenang anugerah Nobel, ahli politik, dermawan dan aktivis berkata “tragedi kemanusiaan seperti pembersihan etnik dan jenayah kemanusiaan sedang berlaku di Myanmar”.

Mereka turut mengecam pemimpin negara itu, Aung San Suu Kyi — yang juga seorang penerima Nobel — kerana tidak mengambil inisiatif untuk melindungi Rohingya.

“Kami kecewa beliau belum mengambil sebarang inisiatif untuk memastikan Rohingya menerima hak kewarganegaraan secara penuh dan sama rata,” kata kumpulan itu.

Beberapa minggu ini menyaksikan lebih 27,000 orang daripada minoriti Islam tertindas itu — yang dibenci oleh majoriti pengikut Buddha Myanmar — melarikan diri daripada operasi ketenteraan di negeri Rakhine yang dilancarkan sebagai respon kepada serangan kumpulan bersenjata terhadap pos keselamatan di sempadan.

Rohingya yang terselamat berkata mereka dirogol, dibunuh dan rumah mereka dibakar askar — laporan yang menyebabkan dunia menjadi gempar dan menggembleng tunjuk perasaan di serata Asia Tenggara.

Kerajaan Bangladesh ditekan supaya membuka sempadan kepada pelarian, tetapi ia sudah memperkukuh pos kawalan dan mengerahkan kapal pengawal pantai bagi membendung ketibaan baharu.

“Rohingya antara minoriti yang paling tertindas di dunia, yang sejak berdekad menjadi mangsa kempen peminggiran dan nyahkemanusiaan,” kata mereka — antaranya pemenang anugerah keamanan Desmond Tutu, Shirin Ebadi dan Jose Ramos-Horta.

Mereka menggesa Majlis Keselamatan 15 anggota itu supaya memasukkan “krisis” itu ke dalam senarai kecemasan, dan menyeru setiausaha agung PBB supaya melawat Myanmar dalam beberapa minggu terdekat — sama ada setiausaha sedia ada Ban Ki-moon, atau penggantinya Antonio Guterres, yang akan mengambil alih bulan depan.

“Kalau kita gagal bertindak, mungkin akan ada orang mati kelaparan seandainya tak mati ditembak, dan akhirnya kita menjadi saksi jenayah kemanusiaan yang tidak berbuat apa-apa, cuma mengangkat tangan dan berkata “cukuplah” sekali lagi,” kata mereka.

Rohingya merana kemiskinan sejak bertahun lama dan diskriminasi daripada kerajaan yang tidak mahu memberikan kewarganegaraan. PPB dan kumpulan hak asasi manusia lain berulang kali menyeru Myanmar memberikan hak penuh kepada mereka.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...