Get $25 free
loading...

Mayat Pesakit Dipercayai Bunuh Diri Terdampar Atas Bumbung HKL

Menggemparkan, mayat seorang lelaki dijumpai terdampar di atas bumbung aras satu bangunan Hospital Kuala Lumpur oleh seorang jururawat kira-kira pukul 7.20 pagi tadi.

 

Menurut siasatan awal polis, mangsa didapati terjatuh di atas kompresor alat penghawa dingin di atas bumbung Aras Satu bangunan berkenaan.

 

Memetik kenyataan media Ketua Polis Dang Wangi, mstar melaporkan mangsa merupakan pesakit hospital itu yang berusia 60 tahun dan sedang menjalani rawatan di Wad 26 di tingkat lima kerana penyakit ketumbuhan, jantung, paru-paru dan mengalami gangguan mental.

 

“Mangsa dimasukkan ke wad itu pada 26 November lalu dan didapati keluar wad itu pukul 2.30 pagi pada 5 Disember (Isnin).”

 

“Mangsa telah dihantar ke Unit Forensik untuk bedah siasat dan tiada unsur-unsur jenayah dikesan.”

 

Tambah kenyataan itu, tanpa mendedahkan identiti mangsa, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...