Get $25 free
loading...

Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah sebuah Kerajaan ala-‘Gangster’

1. Kerajaan Pakatan Harapan kini dilihat menjalankan pentadbiran negeri ala-‘Gangster’ iaitu mengambil tindakan penguatkuasaan secara ‘terpilih’ terhadap rakyat negerinya yang mengkritik secara terbukan pentadbiran kerajaan negeri tersebut.

2. Ini jelas dapat dirujuk kepada tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang merobohkan tandas sebuah kafe sehari selepas pemiliknya mengeluarkan kenyataan mengkritik pentadbiran kerajaan negeri tersebut di surat khabar Cina.

3. Tindakan ala-‘gangster’ kerajaan negeri tidak terhenti setakat itu sahaja, malahan terdapat dua lagi premis miliknya turut digempur dan salah satu daripadanya telah diperiksa dengan ‘sangat’ teliti dari siang sehingga larut malam semata-mata untuk mencari apa kesalahan yang boleh dikenakan tindakan.

4. Sekiranya kerajaan negeri ini benar-benar mahu menegakkan undang-undang dan keadilan mengapa tidak dilakukan pemeriksaan terhadap banyak lagi premis lain yang melakukan kesalahan secara terang-terangan?

5. Mengapa mahu menjalankan penguatkuasaan undang-undang secara terpilih dan pilihan tersebut terhadap mereka yang mengkritik pentadbiran kerajaan negeri sahaja?

6. Ini adalah pentadbiran ala-‘Gangster’ yang dilakukan oleh Kerajaan negeri Pulau Pinang terhadap sesiapa sahaja yang berani mengkritik dan satu amaran kepada rakyat negeri Pulau Pinang yang lain supaya jangan mengkritik pentadbiran negeri, jangan mengkritik Ketua Menteri dan jangan mengkritik parti yang mentadbir negeri.

7. Jika Kerajaan Negeri tidak mahu berhenti daripada pentadbiran ala-‘Gangster’ ini, maka saya sarankan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng boleh gunakan motto perkhidmatan berikut bagi menggantikan motto sedia ada:

“Jangan kritik kami sekiranya anda tidak mahu hidup anda disusahkan oleh kami”

Kenyataan Media
Huan Cheng Guan
Naib Presiden Parti Cinta Malaysia

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...