Get $25 free
loading...

Demi Lelaki Nepal, Isteri Sanggup Bunuh Suami Dengan Tukul Besi

Jumaat lalu, seorang isteri sanggup bersekongkol dengan kekasihnya, warga Nepal, untuk membunuh suaminya di rumah mereka.

Asisten Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad, Ketua Polis Daerah Hilir Perak menyatakan bahawa wanita berusia 30 tahun itu datang sendiri di Balai Polis Hutan Melintang, Bagan Datoh, untuk membuat laporan.

Menurut beliau, wanita berkenaan menyatakan suaminya, seorang pemandu lori ditemui terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumah mereka di Kampung Mutiara, Batu 10, Jalan Hutan Melintang.

“Hasil siasatan mendapati lelaki berusia 40-an itu maut dipukul menggunakan objek tumpul dipercayai tukul besi di belakang kepala” kata beliau ketika memberi kenyataan hari ini.

Jelasnya, pihak polis menahan wanita berkenaan pada hari kejadian selepas membuat siasatan.

Dalam pada itu, teman lelakinya serta abang wanita itu yang berusia 31 tahun, ditahan keesokannya.

“Ketika soal siasat, kedua-dua suspek membuat pengakuan membunuh mangsa dan kita turut menemui barang kes pembunuhan itu” katanya.

“Motif pembunuhan dipercayai disebabkan percintaan tiga segi antara isteri mangsa dengan lelaki Nepal itu” katanya lagi.

Katanya, semua suspek berkenaan ditahan reman tujuh hari bermula semalam, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada masa yang sama, beliau turut meminta sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan kes itu agar menghubungi balai polis di talian 05-6299222 untuk membantu siasatan.

-pru14.tv-

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...