Get $25 free
loading...

Badan majikan anggap banyak cuti umum jejas produktiviti negara

MEF mempersoalkan pandangan Perbadanan Produktiviti Malaysia sebelum ini yang menganggap cuti yang banyak di Malaysia bukan masalah.

Shamsuddin-Bardan_cuti-umum_600

PETALING JAYA: Bilangan cuti umum yang tinggi di negara ini akan menjejaskan produktiviti negara kerana ia menambah beban terhadap kos operasi syarikat yang tidak dapat berfungsi, kata Persekutuan Majikan Malaysia (MEF).

Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan berkata

pihaknya tidak setuju dengan kenyataan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) sebelum ini yang menganggap cuti umum yang banyak tidak akan menjejaskan produktiviti.

“Saya rasa (pendapat) itu tidak begitu tepat. Waktu bekerja dan hari bekerja itu sangat penting.

“Saya tidak pasti persatuan berkenaan berkata tidak jejaskan produktiviti negara kerana sudah pasti kalau orang bercuti, mereka tidak bekerja dan produktiviti akan menurun,” katanya kepada FMT.

Ketua Pengarah MPC, Datuk Mohd Razali Hussain sebelum ini berkata cuti umum penting kepada pekerja dan bilangan hri cuti umum yang banyak tidak akan menjejaskan produktiviti sekiranya mereka pandai mengurus.

Malaysia mempunyai 16 hari cuti umum yang kebiasaanya diiktiraf sektor swasta.

Antaranya, cuti Tahun Baharu, Thaipusam, Hari Keputeraan Raja-Raja, Hari Tahun Baharu Cina, Hari Pekerja, Wesak, Gawai, Hari Keputeraan Agong, Hari Raya Aidilfitri, Hari Kebangsaan, Hari Raya Aidiladha, Hari Malaysia, Awal Muharram, Deepavali, Maulidur Rasul dan Krismas.

Setiap negeri pula mempunyai tambahan cuti umum sendiri yang diiktiraf kerajaan negeri.

Di bawah Akta Kerja 1955, majikan tidak diwajibkan memberikan cuti pada setiap cuti umum yang diwartakan di bawah Akta Hari Kelepasan Am 1951.

Sebaliknya, mereka boleh memilih sekurang-kurangnya 11 cuti sebagai cuti berbayar dalam satu tahun.

Lima daripada 11 cuti umum itu wajib diambil iaitu Hari Kebangsaaan, Hari Keputeraan Agong, Hari Keputeraan Raja-Raja, Hari Pekerja dan Hari Malaysia.

Baki 6 lagi hari cuti boleh dipilih oleh majikan mengikut budi bicara mereka.

Manakala, satu lagi cuti tambahan di bawah seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 ini merujuk kepada cuti mengejut yang diberikan oleh kerajaan yang belum diwartakan.

Shamsuddin berkata syarikat terpakasa menanggung kos 3 kali ganda sekiranya beroperasi ketika cuti awam.

“Pada masa itu (hari cuti), tidak ada produk dibuat tetapi kena bayar gaji.

“Macam mana kita kata produktiviti meningkat kalau kos operasi syarikat 3 kali ganda,” katanya.

Banyak cuti umum bukan masalah, kata agensi produktiviti


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini

Previous
Next Post »
loading...