Get $25 free
loading...

Ada 4,692 Syarikat Ada Diiktiraf Sijil Halal Di Malaysia Hingga November

Sebanyak 4,692 buah syarikat di negara ini sudah memiliki sijil pengesahan halal Malaysia sehingga November.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memberitahu Dewan Negara, daripada jumlah itu, hanya 26.4 peratus atau 1,244 sahaja syarikat Bumiputera dalam sektor pembuatan memiliki sijil halal berbanding bukan Bumiputera.

Beliau berkata, faktor yang menyebabkan berlaku perbezaan ketara itu adalah kerana jumlah bilangan Bumiputera yang menguasai sektor pembuatan rendah berbanding pengusaha bukan Bumiputera.

“Selain itu, persepsi segelintir Bumiputera yang tidak memohon adalah kerana menganggap seolah-olah permohonan sijil halal mahal, walhal untuk syarikat-syarikat kecil sebenarnya bermula serendah RM100 dan perlu perbaharui sijil dua tahun sekali.

“Malah ada juga yang tidak mencapai standard Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP),” katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Mohd Suhaimi Abdullah berkenaan sejauh manakah usaha yang dijalankan bagi meningkatkan jumlah pemilikan sijil halal oleh Bumiputera.

Sijil halal Malaysia memerlukan pengiktirafan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan ia akan melibatkan pemeriksaan yang ketat untuk memastikan bahan-bahan mentah dan bahan untuk memproses makanan itu kesemuanya halal.

Selain itu halal di Malaysia juga mementingkan bab kebersihan persekitaran tempat penyediaan bahan makanan demi kepentingan pengguna keseluruhannya.

Pemeriksaan juga dijalankan secara berkala untuk memastikan syarikat berkenaan kekal patuh kepada keperluan untuk terus menerima pengiktirafan halal berkenaan.

Ada kejadian, syarikat yang gagal mematuhi syarat sijil berkenaan telah ditarik balik pengiktirafannya. – pru14.tv

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...