Get $25 free
loading...

Terengganu tutup 9 pusat pemindahan banjir

Jumlah mangsa banjir mencatat sedikit penurunan pada tengah hari.

Terengganu_pusat-banjir_600

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Terengganu pada tengah hari ini mencatat sedikit penurunan iaitu 3,261 orang berbanding 4,026 orang pada 8.00 pagi tadi.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui portal info banjir melaporkan 9 pusat pemindahan juga sudah ditutup menjadikan jumlah terkini sebanyak 43 berbanding 52 pusat pemindahan yang masih beroperasi pada 8.00 pagi tadi.

“Hulu Terengganu yang paling teruk terjejas juga mencatat penurunan jumlah mangsa banjir iaitu 1,840 orang berbanding 2,268 orang pagi tadi.

“Lapan pusat pemindahan di daerah itu sudah ditutup dan sebahagian mangsa banjir telah dibenarkan pulang ke rumah setelah banjir yang melanda persekitaran rumah mereka surut pagi tadi,” menurut portal itu.

Ketika ini 521 mangsa daripada 138 keluarga masih berada di 13 pusat pemindahan di Marang, 463 mangsa daripada 108 keluarga di 4 pusat pemindahan di Kemaman manakala di Besut, 5 pusat pemindahan masih dibuka yang menempatkan 299 mangsa daripada 72 keluarga.

Di Dungun pula, 117 mangsa daripada 28 keluarga ditempatkan di 3 pusat pemindahan dan mangsa paling sedikit ketika ini ialah di Setiu hanya 21 orang daripada 6 keluarga yang berada di 2 pusat pemindahan.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...