Get $25 free
loading...

Mangsa banjir Kelantan kini 1,872 orang, dijangka meningkat

2 pusat pemindahan baharu dibuka di Kuala Krai. Pihak berkuasa menjangkakan jumlah mangsa meningkat sehingga tengah malam

apm-banjir

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,872 orang daripada 524 keluarga setakat 9.00 malam ini berbanding 1,067 orang daripada 258 keluarga 6.00 petang tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan Zainuddin Hussin berkata kesemua mangsa yang dipindahkan itu ditempatkan di 17 pusat pemindahan mangsa banjir di daerah Kuala Krai, Tanah Merah dan Jeli.

“Kini (sehingga 9.00 malam) terdapat 654 mangsa di 10 pusat pemindahan di Kuala Krai, 1,046 orang di 5 pusat pemindahan di Jeli dan 172 orang di dua pusat pemindahan di Tanah Merah,” katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.

Beliau menjangkakan jumlah itu kemungkinan meningkat lagi sehingga tengah malam ini kerana operasi memindahkan mangsa banjir di 3 daerah itu masih berjalan.

Zainuddin berkata 2 pusat pemindahan yang baharu dibuka di Kuala Krai iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Sok dan SK Banggol Guchil.

Beliau berkata anggota APM bersama agensi lain akan terus bekerjasama memastikan operasi memindahkan mangsa banjir berjalan lancar.

Katanya, setakat ini hanya sebatang jalan utama menghubungkan Kuala Krai dan Kota Bharu di Sungai Durian, Kuala Krai ditutup kepada kenderaan ringan berikutan air yang naik setinggi kira-kira 0.5m.

Sementara itu empat batang sungai utama di Kelantan terus menunjukkan peningkatan paras air sehingga 9.00 malam ini, menurut laman sesawang kerajaan negeri di http://ift.tt/1lUz7IE.

Sungai Galas di Dabong meningkat kepada 36.63m berbanding 36.27m petang tadi. Paras bahaya bagi sungai berkenaan adalah 38m.

Sungai Lebir di Tualang pula berada di paras 32.57m berbanding 31.77m petang tadi (paras amaran 35m) dan Sungai Kelantan di Tangga Krai pada paras 24.84m berbanding 24.02m petang tadi (paras amaran 25m).

Sungai Golok di Rantau Panjang turut meningkat kepada 7.72m berbanding 7.49m petang tadi (paras amaran 9m).

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...