Get $25 free
loading...

Tikam Kemaluan Teman Wanita Suami, Isteri Dipenjara 8 Tahun

Sebelum ini, kejadian seorang isteri menikam kemaluan teman wanita kepada suaminya selepas berpura-pura bersetuju diajak mengadakan hubungan seks secara berangkai (threesome) pada 24 Mac lalu, tertuduh yang berusia 46 tahun dijatuhkan hukuman penjara selama lapan tahun.

Tertuduh yang dikenali sebagai Ting Hai Hua dan berasal dari Kapit, Sarawak mengakut bersalah di atas pertuduhan tersebut sehingga mencederakan mangsa, yang dibacakan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Sibu, Stella Augustine Druce.

Ting Hai Hua mengaku secara sukarela menyebabkan kecederaan parah pada mangsa berusia 34 tahun dengan menggunakan sebilah pisau dalam kejadian di sebuah bilik sewa di Lorong Lajong kira-kira jam 8:00 malam hingga 9:30 malam.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan.

Pendakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya Heng Yi Min, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap pada 24 Mac lalu.

Manakala si suami yang dikenali sebagai Maram Mebang yang berusia 29 tahun dan berasal dari Kapit juga dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah mengadakan perhubungan seks dengan wanita lain yang sudah berkahwin dan didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah memerintakan tertuduh menjalani hukuman itu berkuat kuasa pada hari ini.

Sumber : Utusan Borneo

Tweet
Previous
Next Post »
loading...