PU Abu Sufyan akhirnya bersuara mengenai isu penceraian bekas isterinya semasa sarat mengandung 7 bulan dan mendedahkan maklumat yang dikongsikan bekas isterinya, Ain Afini di media sosial bukan cerita penuh.
BACA : PU Abu Ada Cerita Sendiri Sebab Cerai Isteri Hamil
“Itu bukan cerita penuh. Saya cuma boleh cakap cerita bekas isteri saya tu bukan cerita sepenuhnya.
“Ia hanya sebahagian,” – PU Abu.
Dia menjelaskan kontroversi yang melanda antara dia, bekas isteri dan wanita dikenali sebagai Hana merupakan isu lama yang tidak diketahui umum.
PU Abu juga kecewa apabila bekas isterinya memilih untuk membuka aib keluarga di media sosial hingga menjadi kecaman netizen.
“Kalau bekas isteri sayangkan saya, dia tak buat saya macam ni.
“Isu saya, bekas isteri dan Hana adalah isu lama,” – PU Abu.
Akhirnya, menerusi posting di Instagram, PU Abu mengaku kesilapan dan menyesal kerana menceraikan bekas isteri yang sedang hamil dan meminta maaf kepada bekas isterinya dan keluarga.
“Moga saya mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang saya lakukan. Saya harap para netizen berhenti mengecam pihak yang tidak terlibat secara langsung ataupun tidak langsung,” – PU Abu.
Selepas ini PU Abu akan berbincang dengan bekas isteri untuk menyelesaikan perkara tersebut dan meminta netizen untuk mendoakan yang baik-baik sahaja.
Gambar Hana Azraa, janda anak satu yang didakwa menjadi orang ketiga
Sumber : mStar
Carian Anda :